Vietnam bawah 20 (B-20) gagal untuk meneruskan rentak kemenangan mereka dalam saingan kelayakan Piala Asia B-20 2023 peringkat Kumpulan F, setelah mereka mencatat kekalahan 2-3 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.
Menerusi aksi yang mantap dipersembahkan kedua pasukan ini, beberapa kesilapan jelas berjaya diatasi pasukan tuan rumah untuk menghukum Vietnam.
Tiga gol yang dicetak Garuda Nusantara berhasil membawa Indonesia unggul atas Vietnam dan menjadi juara Grup F. ✨
Selamat, Garuda Nusantara sukses melaju ke Piala Asia 2023 di Uzbekistan! ❤️🇮🇩#KitaGaruda #MeraihImpian #TimnasDay pic.twitter.com/gKt7gVow3M
— PSSI (@PSSI) September 18, 2022
Menurut pengendali Vietnam iaitu Dinh The Nam, beliau mengakui beberapa kelemahan telah dikesan dalam kalangan para pemainnya ketika menentang Indonesia.
Menurut beliau, faktor penurunan stamina ketika berdepan pihak lawan menjadi salah satu punca mengapa Indonesia lebih mendominasi permainan waktu itu.
Walaupun memberi tentangan yang cukup sengit, dari segi stamina lawan jelas lebih baik dan ianya mempengaruhi keputusan perlawanan apabila Indonesia tampil konsisten sepanjang 90 minit permainan.
UPDATE: It's official! Our U20 Vietnam 🇻🇳 side have qualified for the AFC U20 Asian Cup 2023 in Uzbekistan as one of the best 5 runner-ups!
Congratulations to our young boys! 🇻🇳🇻🇳🇻🇳 pic.twitter.com/v2pM8i0yLb— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) September 18, 2022
Selain itu, faktor sokongan padu daripada ribuan para penyokong Garuda Merah juga jelas memberi kesan kepada barisan pemain muda Vietnam untuk tampil lebih berkeyakinan menghadapi lawan.
“Saya ucapkan tahniah kepada Indonesia atas kemenangan mereka ini telah melayakkan skuad tersebut untuk beraksi di saingan Piala Asia tahun hadapan.
“Aksi yang diberi oleh mereka keatas kami boleh dianggap sangat menarik kerana banyak aksi dramatik berlaku sepanjang permainan berlangsung.
“Namun inilah sukan bola sepak. Seperti diketahui faktor kekalahan kami juga berlaku disebabkan penurunan stamina dalam kalangan pemain yang jelas turut mempengaruhi mental mereka.
“Itu menjadi salah satu faktor utama mengapa kami tewas pada perlawanan tersebut di tangan Indonesia,” jelas pengendali Vietnam tersebut menerusi CNN Indonesia.
Walaupun pada awal perlawanan Indonesia terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Marselino Ferdinan, Vietnam berjaya mencipta kebangkitan dengan kembali mendahului menerusi keputusan 2-1.
Namun, siri kebangkitan yang dicipta Indonesia pada penghujung perlawanan menerusi dua gol jaringan Muhammad Ferrari dan Rabbani Tasnim berjaya mengecewakan pasukan pelawat.
Walaupun tewas di tangan Indonesia, skuad kendalian The Nam itu tetap berjaya melangkah ke saingan Piala Asia setelah muncul selaku antara pasukan di tangga kedua terbaik dalam peringkat kumpulan.
After 2 matches, Vietnam 🇻🇳 and Indonesia 🇮🇩 have the same all stats in Group F of 2023 AFC U20 Asian Cup Qualifiers.
👉If the match between the two teams in the last match is a draw, the positions of those two teams will be decided by penalty shootout.#AFC #AFCU20 pic.twitter.com/Cp7YuPjYc4
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) September 16, 2022
Vietnam berjaya mengumpul enam mata keseluruhan dengan perbezaan jaringan tujuh gol berbanding pasukan lain menerusi dua kemenangan besar dicipta dalam peringkat kumpulan sebelum itu.