Jurulatih Selangor Beri Kredit Kepada Kuala Lumpur Di Atas Kebangkitan Mengagumkan

Layaknya pasukan Selangor semalam ke separuh akhir Shopee Piala FA sememangnya menggembirakan penyokong Merah Kuning.

Namun begitu, ia tidak dapat menyembunyikan hakikat sebenarnya yang Selangor mempunyai masalah gagal untuk mempamerkan aksi terbaik di atas padang.

Tewas semalam 3-0, Selangor berjaya menewaskan Kuala Lumpur menerusi penentuan sepakan penalti 8-7 selepas agregat terikat 3-3.

Bagi jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir keputusan semalam memberikan pengajaran berguna buat pasukannya.

“Saya terkejut dengan kebangkitan yang dilakukan oleh pasukan Kuala Lumpur semalam. Kredit harus diberikan kepada mereka.”

“Ia nyata memberikan pengajaran berguna kepada saya sebagai jurulatih baharu dalam bola sepak Malaysia dan juga kepada para pemain.”

Gol dari Syazwan Andik pada separuh masa kedua nyata memberi tamparan hebat kepada Nazliazmi.

Sejurus selepas itu, beliau terus menggerakkan pasukannya yang perlawanan belum lagi tamat.

“Apabila pasukan memasuki masa tambahan, saya ingatkan para pemain yang perlawanan belum lagi berakhir dan terus berusaha keras untuk menewaskan Kuala Lumpur.”

Nazliazmi juga berkata pelbagai perkara yang perlu diperbaiki untuk menghadapi pasukan PKNS FC di peringkat separuh akhir.

Bagi beliau, PKNS FC merupakan pasukan yang lengkap dari segala segi termasuk barisan pemain import yang cukup bahaya.

Selangor dan PKNS FC akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir seluruh Selangor dalam misi ke perlawanan akhir Shopee Piala FA pada Jun.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan Pahang dan pasukan berstatus kelab dari Perak – PKNP FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN