Rusia 2018: Jurulatih Mexico Bidas Neymar, Anggap Pemain Itu Seperti Badut

Aksi Neymar dalam perlawanan menentang Mexico sekali lagi menjadi tumpuan ramai pihak atas pelbagai sebab.

Selain daripada persembahan skil yang tipikal dari beliau, Neymar turut menjaringkan gol pertama Brazil dalam perlawanan yang membawa Brazil ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Namun di satu sudut, gerak geri beliau yang dianggap keterlaluan ketika dikasari membuatkan ada pihak tidak gemar akan tindakannya.

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio nyata berang dengan tindakan Neymar ketika beliau terjatuh berdekatan dengan bangku simpanan pasukan Mexico semalam.

Dalam situasi itu, Neymar terjatuh berdekatan dengan bangku simpanan Mexico lalu Miguel Layun datang kepadanya untuk mengambil bola.

SAMARA, RUSSIA – JULY 02: Miguel Layun of Mexico collects the ball as Neymar Jr of Brazil goes down injured during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Brazil and Mexico at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Layun kemudiannya terpijak kaki Neymar lalu pemain itu melakukan reaksi berlebihan hingga pengadil menangguhkan perlawanan untuk satu tempoh yang lama.

Menurut Osorio, tindakannya pemain itu telah menyebabkan momentum para pemain Mexico terganggu ketika hendak mencari gol penyamaan.

“Kami mengawal perlawanan. Namun bagi saya, adalah memalukan untuk satu perlawanan itu kehilangan banyak masa kerana satu pemain (Neymar).”

Osorio membidas tindakan Neymar itu dengan menggangap pemain itu bertindak seperti seorang badut di atas padang.

“4 minit terbuang kerana seorang pemain. Ini adalah pengajaran untuk semua orang dan juga kanak-kanak yang bermain bola sepak.”

“Permainan ini adalah untuk anak jantan bukannya untuk mereka yang terlalu gemar nak jadi badut di atas padang.”

SAMARA, RUSSIA – JULY 02: Neymar Jr of Brazil goes down injured during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Brazil and Mexico at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Mexico tewas 2-0 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir selepas Neymar dan Roberto Firmino menjaringkan gol untuk skuad juara 5 kali itu.

Mereka akan bertemu Belgium di perlawanan suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN