Rusia 2018 : Vladimir Putin Hubungi Cherchesov Sebelum Rusia Singkirkan Sepanyol

Perjalanan pasukan Rusia bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018 turut mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Dalam satu sidang media, jurucakap Kerajaan Rusia, Kremlin Dmitry Peskov telah memaklumkan bahawa Putin antara individu yang paling kuat menyokong Rusia pada kejohanan kali ini.

Peskov memberitahu bahawa sebelum sepak mula perlawanan menentang Sepanyol, Putin terlebih dahulu menghubungi pengendali pasukan, Stanislav Cherchesov untuk memberikan kata-kata semangat dan menyampaikan pesanan beliau para pemain dan pihak pengurusan.

“Sebelum perlawanan bermula, sekitar waktu tengahari, presiden telah menghubungi Cherchesov untuk menyampaikan pesanan dan turut mendoakan yang terbaik buat pasukan.”

“Putin turut memberitahu bahawa tiada orang yang boleh menyalahkan pasukan Rusia jika mereka tewas keatas Sepanyol pada perlawanan tersebut.” ujar Peskov.

Tambah Peskov, beliau memaklumkan bahawa Putin tidak dapat menghadiri perlawanan tersebut disebabkan jadual tugasan yang padat dan beliau hanya sempat menyaksikan perlawanan itu menerusi siaran di televisyen.

Putin antara individu paling berpengaruh membantu Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) untuk membuat bidaan bagi mendapatkan hak sebagai tuan rumah penganjuran temasya Piala Dunia yang ke-21.

during the 68th FIFA Congress at Moscow’s Expocentre on June 13, 2018 in Moscow, Russia.

Rusia telah membelanjakan sebanyak AS$11.6 bilion (RM46 bilion) secara keseluruhannya bagi merealisasikan penganjuran acara berprestij empat tahun sekali itu.

Sebagai penganjur kejohanan, pastinya mengharapkan magis di tanahair sendiri. Putin memang seorang yang sangat suka dengan permainan bola sepak walaupun perwatakan beliau seringkali dikaitkan dengan serius 24 jam.

Sudah pasti seluruh rakyat Rusia ingin melihat pasukan kebangsaan mereka membuat kejutan mara keperingkat akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN