5 Jurulatih Yang Lepaskan Jawatan Di Kelab Untuk Pasukan Kebangsaan

Jurulatih ataupun pengurus melepaskan jawatan di kelab demi negara bukan satu perkara baru.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kita sering melihat dada akhbar menyiarkan perletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai pengemudi skuad Helang Merah untuk terlibat dalam struktur kejurulatihan pasukan Harimau Malaya.

Di mata penyokong Kedah, ini adalah satu dilema. Mereka kehilangan seorang jurulatih yang telah membina satu pasukan hebat dalam kancah Liga Malaysia.

Bagi pemerhati bola sepak yang bersifat neutral, Tan Cheng Hoe sememangnya wajar bersama skuad kebangsaan. Kecemerlangan dan rekod yang dicipta bersama Kedah F.A adalah luar biasa.

Dari Kelab ke Negara

Peralihan mengurus sesebuah kelab kepada tugasan mengurus pasukan kebangsaan adalah sesuatu perkara yang biasa berlaku di Eropah.

Artikel ini menyenaraikan beberapa nama besar dalam kancah bola sepak dunia yang pernah meninggalkan tugasan di kelab untuk menggalas jawatan bersama skuad kebangsaan.

1.Rinus Michels

Rinus Michels adalah arkitek kepada bola sepak “total football‘ yang pernah dipopularkan oleh Belanda satu masa dahulu.

Hakikatnya, “total football” dibina oleh Rinus Michels di Barcelona ketika mengemudi pasukan Catalan pada musim 1971 sehingga 1973.

Ianya adalah satu projek yang turut melibatkan Johan Cruyff, satu lagi lagenda yang dikatakan adalah protege kepada Rinus Michels di Barcelona.

Setelah memenangi La Liga pada musim 1973-74, Rinus mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan di Nao Camp untuk mengetuai cabaran Belanda di Piala Dunia 1974.

Gaya permainan “total football” yang turut diterapkan oleh Rinus bersama Belanda telah membawa skuad “Orange” itu menang kesemua sembilan perlawanan Piala Dunia sebelum dikecewakan oleh Jerman Barat di final.

“Total football” yang diterapkan oleh Rinus Michels hanya memberikan hasil untuk Belanda pada tahun 1988 apabila Belanda menewaskan Jerman Barat di final Euro 1988.

2. Sir Alex Ferguson

Kecemerlangan Alex Ferguson bersama Aberdeen di Liga Scotland dan kejohanan eropah.

Ini mendorong Scottish F.A melantik beliau sebagai pengurus sementara skuad kebangsaan Scotland untuk menghadapi cabaran pada Piala Dunia 1986.

Alex Ferguson adalah pembantu kepada Jock Stein dalam skuad Scotland sebelum itu.

27/02/1985 WORLD CUP QUALIFIER
SPAIN V SCOTLAND (1-0)
RAMON SANCHEZ-PIZJUAN STADIUM – SEVILLE
Scotland manager Jock Stein (left) with assistant Alex Ferguson

Perlantikan Alex Ferguson pada masa itu adalah kerana kematian tragis Jock Stein akibat serangan jantung selesai perlawanan play off menentang Australia.

Alex Ferguson masih lagi pengendali Aberdeen pada masa itu dan hanya menjawat jawatan bersama Scotland secara sementara.

Alex Ferguson menamatkan kempen Piala Dunia 1986 di Mexico di peringkat kumpulan dengan hanya berbekalkan 1 mata.

Beliau menolak tawaran untuk kekal sebagai pengurus Scotland selepas Piala Dunia dan menerima jawatan pengurus Man Utd pada November tahun yang sama.

3. Carlos Queiroz

Carlos Queiroz meningalkan Manchester United sebanyak dua kali di antara tahun 2003 sehingga 2008.

Dibawa oleh Sir Alex sebagai pembantu pada tahun 2002, Queiroz menerima tawaran untuk menjadi pengurus Real Madrid pada tahun berikutnya.

Jodoh Carlos Queiroz bersama Real Madrid hanya kekal semusim. Mengakhiri kedudukan La Liga di tangga ke-4, beliau dipecat daripada jawatannya di Barnebeu.

Sir Alex tahu akan kualiti Queiroz dan membawa beliau kembali ke Old Trafford pada musim berikutnya.

Bagaimanapun, beliau dilamar mengendalikan skuad kebangsaan Portugal pada tahun 2008. Sekali lagi Sir Alex terpaksa merelakan pemergian Queiroz dari Old Trafford.

Carlos Queiroz ketika sebagai pembantu pengurus kepada Sir Alex Ferguson.

Sir Alex menyifatkan pemergian Queiroz ke Portugal adalah satu kerugian bagi skuad Red Devil.

Queiroz disifatkan oleh Sir Alex sebagai peribadi yang menakjubkan, bijak dan merupakan protege yang sedang digilap oleh Sir Alex untuk mengambil alih peranan beliau di Carrington dan Old Trafford.

Satu impian Sir Alex yang tidak tercapai ketika beliau adalah pengurus Manchester United.

4. Sven Goran Eriksson

Sven Goran Eriksson disifatkan sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah berusia 117 tahun kelab S.S Lazio.

Bersama Lazio, Eriksson telah membawa gemilang menjuarai Coppa Italia dan Supercoppa Italiana pada 1998 dan 2000, UEFA Cup Winner’s Cup pada tahun 1999.

Turut menjuarai Serie A pada tahun 2000, yang kedua untuk kelab berpengkalan di Rome tersebut.

Perlantikan Eriksson sebagai pengurus Lazio telah mencetuskan kontroversi.

Presiden Lazio, Sergio Cragnotti nyata mempersoalkan kaedah yang digunakan oleh England FA untuk melamar Eriksson ketika beliau masih punyai kontrak bersama Lazio.

Gelsenkirchen, GERMANY: English midfielder David Beckham (L) and Swedish head coach of the English team Sven-Goran Eriksson look dejected at the end of the World Cup 2006 quarter final football game England vs. Portugal, 01 July 2006 at Gelsenkirchen stadium. Portugal won 3-1 on penalties. AFP PHOTO / ARIS MESSINIS (Photo credit should read ARIS MESSINIS/AFP/Getty Images)

Idea untuk mengurus England secara separuh masa sehingga kontrak Eriksson tamat di Lazio juga ditolak oleh Sergio Cragnotti.

Akhbar The Guardian turut melaporkan Cragnotti turut merancang memberi kontrak baharu kepada pengurus berbangsa Sweden tersebut.

Eriksson meneruskan niat untuk meninggalkan Lazio dan diumumkan sebagai pengurus England pada 9 Januari 2001. Kita semua tahu skandal yang menyelubungi beliau selepas itu.

5. Sam Allardyce

Sam Allardyce mungkin adalah calon yang paling tidak popular di kalangan 5 pengurus yang bergelut dalam mengurus kelab dan skuad kebangsaan.

Tetapi kami memilih “Big Sam” daripada satu lagi nama, Roy Hodgson kerana signifikan Allardyce kepada kelab terakhir beliau, Sunderland.

Allardyce mengambil alih Sunderland daripada Dick Advocaat pada Oktober 2015. Big Sam menandatangani kontrak selama 2 musim untuk berada di Sunderland.

Sunderland pada masa itu berada pada tangga ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL), mengutip hanya 3 mata daripada 8 perlawanan.

Sam Allardyce ketika diumumkan sebagai pengurus baharu England.

Di sebalik segala permasalahan dan kontroversi di Sunderland, Allardyce menyelamatkan kelab berkenaan daripada tersingkir pada musim 2015-16.

Usaha beliau mendapat pujian pengurusan kelab dan Big Sam disanjung di kalangan fanatik di Stadium of Light.

Sebelum sepak mula musim EPL 2016-17, Big Sam memutuskan untuk melepaskan jawatan di Sunderland untuk dilantik sebagai pengurus England.

Sunderland menerima pampasan sebanyak £3 juta untuk membenarkan beliau pergi meninggalkan Stadium of Light.

Skandal yang didedahkan oleh wartawan The Telegraph menyebabkan Big Sam adalah pengendali paling singkat dalam sejarah bola sepak dunia.

Sepanjang menjawat jawatan bersama “The Three Lions”, Allardyce hanya sempat mengemudi England dalam satu perlawanan, menang 1-0 menentang Slovakia dalam kelayakkan Piala Dunia 2018.

Rumusan

Ini antara 5 nama besar yang pernah melepaskan kerusi di kelab untuk skuad kebangsaaan.

Pengalaman 5 pengurus di Eropah ini juga menunjukkan kepada kita bahawa kejayaan mengurus bola sepak di peringkat antarabangsa adalah berbeza dengan pengurusan di kelab.

Apa pendapat anda?

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Kami ingin mendengar daripada anda!

Baca juga: Ahmad Bashah: “Tan Cheng Hoe Masih Lagi Jurulatih Kedah”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN