Safiq Rahim Teruja Untuk Kembali Semula Ke Skuad Kebangsaan

Bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim berasa teruja untuk kembali semula menabur bakti kepada skuad kebangsaan jika diperlukan.

Bercakap kepada Astro Arena, beliau berharap namanya akan dipanggil semula untuk menyarung jersi kebangsaan.

Selamatkan maruah negara

Menurut Safiq, selepas meneliti hasil dari perbincangan bersama Presiden FAM tempoh hari. Safiq kini berasa selesa dan bersedia untuk keluar semula dari persaraan.

Kata Safiq, TMJ telah berikan nasihat dan telah menerangkan kepada beliau mengenai perancangan baginda untuk memajukan bola sepak negara.

Photo by rizanizam/www.asiana.my

“Selepas bertemu dengan Presiden FAM, saya telah diterangkan mengenai perancangan dan matlamat baginda untuk bola sepak negara.”

Beliau akan bersedia pada bila-bila masa sekiranya pengendali skuad kebangsaan, Mario Gomez berasa terpanggil untuk memanggil beliau ke dalam skuad kebangsaan.

“Saya akan bersedia, sekiranya diberi kepercayaan dan diberi peluang untuk beraksi.”

Tak jemu

Tegas Safiq, beliau tidak pernah jemu dalam memberikan khidmat kepada skuad kebangsaan.

Safiq yang juga merupakan kapten JDT juga kini lebih yakin apabila melihat tampuk pemerintahan FAM yang baharu bertindak lebih serius dalam membawa bola sepak ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang dikatakan oleh Safiq itu turut disokong oleh Amirulhadi Zainal yang juga bersedia untuk kembali sertai skuad kebangsaan.

“Sesiapa yang dipanggil oleh jurulatih pasti mahu beraksi untuk pasukan negara.”

“Mana tidaknya, kita beraksi atas dasar berkhidmat untuk negara.”

Baca juga: 5 Jurulatih Yang Lepaskan Jawatan Di Kelab Untuk Pasukan Kebangsaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN