Jurulatih Indonesia Fokus Latihan Sepakan Penalti Untuk Hadapi Vietnam

Menjelang aksi terakhir peringkat Kumpulan F dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 B-20, Indonesia jelas membuat persiapan rapi untuk bertemu lawan yang dianggap sangat kuat iaitu Vietnam.

Dalam sesi latihan yang berlangsung semalam, beberapa penekanan telah dibuat oleh Shin Tae-yong selaku jurulatih Indonesia bawah 20 (B-20) sebagai langkah persediaan dalam aksi terakhir itu agar mampu dicapai dengan kemenangan.

Menurut Tae-yong, latihan yang diterapkan mereka ketika ini lebih bertumpukan kepada situasi  mempertajamkan sepakan percuma serta penalti buat para pemain.

Latihan yang berlangsung di Tot Heil Onzer Ribbenkast (THOR), Surabaya itu menyaksikan sesi tersebut dijalankan selama 90 minit pada waktu tengahari untuk menguji ketahanan stamina para pemain.

Sesi latihan bermula dengan para pemain memanaskan badan terlebih dahulu menerusi larian di sekeliling padang. Selepas itu, Tae-yong mula menerapkan aspek transisi serangan dan pertahanan buat pemain untuk menghadapi Vietnam.

Sesuatu yang menarik setelah itu apabila pengendali dari Korea Selatan tersebut mula menumpukan aspek sepakan percuma serta penjuru di sekitar gawang gol untuk para pemain kendaliannya.

Sementara penjaga gol muda Indonesia, Aditya Arya Nugraha pula menjalani latihan berbeza bersama jurulatih di posisi tersebut iaitu Kim Bong-soo untuk mempertajam teknik menyelamatkan penalti.

Tae-yong mengakui ketika ini beliau bersama para pemain akan bersedia dengan segala kemungkinan untuk aksi seterusnya ketika menentang Vietnam nanti.

Beliau juga jelas bersedia dengan segala situasi pada perlawanan tersebut, termasuk kemungkinan akan ada sepakan penalti yang bakal dihadapi para pemainnya.

“Saya berfikir segalanya mungkin terjadi pada perlawanan tersebut nanti. Untuk itu segala persiapan yang diperlukan telah saya buat ketika ini bersama para pemain,” tegas Tae-yong menerusi Bola.com.

Perlawanan membabitkan antara Vietnam dan Indonesia mungkin berpeluang untuk ditamatkan menerusi penentuan sepakan penalti jika kedua pasukan terikat sepanjang 90 minit.

Ini kerana, kedua pasukan tersebut kini saling berkongsi mata dan jaringan dan penentuan sepakan penalti perlu dibuat oleh mereka pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu menurut peraturan AFC.

Pada masa sama, Tae-yong juga menyatakan mentaliti para pemain beliau berada dalam keadaan terbaik ketika ini untuk berdepan Vietnam, sambil mengingatkan agar para penyokong tidak perlu risau akan hal tersebut.

“Tak perlu risau mengenai persediaan mental para pemain ketika ini. Mereka kini berada dalam keadaan terbaik. Kita tak perlu lagi risau untuk bertemu Vietnam,” tegas pengendali berpengalaman itu.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN