Jurueletrik Stadium Mahu Pengurusan Spurs Selesaikan Tunggakan Gaji Mereka

Stadium Tottenham Hotspur adalah projek mega bernilai £800 juta. Namun beberapa isu telah menyebabkan tarikh siap stadium itu tidak dapat terlaksana. Antara isu sebelum ini adalah melibatkan aspek keselamatan.

Terbaru, pekerja bahagian elektrikal telah meluahkan nasib mereka yang masih belum dibayar gaji dan poket mereka semakin kering. Lebih merisaukan mereka adalah, Hari Natal yang semakin dekat

Mereka meminta pengurusan Spurs membantu mereka menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Tuntutan gaji adalah daripada majikan mereka iaitu Tyco yang merupakan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja memasang penggera keselamatan.

Tyco dilaporkan menahan gaji pekerja mereka untuk beberapa minggu atas sebab-sebab teknikal. Salah seorang juruelektrik – Harvey Kirk – memberitahu talkSPORT: “Kami bekerja 80 jam seminggu dekat Tottenham dan kini tiba-tiba poket kami semakin ‘kering’. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.”

Harvey dan 9 rakannya diwakili oleh Kesatuan Pekerja Great Britain, mahu Spurs melihat perkara itu dengan serius. Seorang lagi jurueletrik, tetapi daripada kontraktor lain – Sam McDouall menganggap tindakan Tyco itu sebagai memalukan Spurs. Beliau berkata:  “Tottenham memiliki reputasi yang sangat baik dari segi moral dan juga sangat beretika.”

“Kami sangat terkejut apabila mereka membenarkan kontraktor tak bertanggungjawab seperti ini melakukan kesalahan tak beretika.”

Masalah ini bermula apabila organisasi National Resourcing Solutions (NRS) – pembekal juruletrik Tyco telah menamatkan operasinya. Jadi urusan pembayaran gaji sepatutnya terus daripada Tyco. Dari situlah bermulanya masalah dalam pembayaran gaji.

Permainan tuding-menuding

Jurucakap Spurs pula menyatakan, isu ini di luar kawalan mereka dan ianya adalah di antara pekerja dan Tyco.

Tyco kemudian menafikan mereka liat membayar gaji pekerja. Keyataan oleh Tyco berbunyi: “Tyco menafikan tuduhan tidak mahu membayar gaji pekerja. Pembayaran gaji itu adalah tanggungjawab ejen pekerja. Ejen mereka yang seharusnya membayar gaji itu terus kepada pekerja.”

Seorang lagi pekerja, Ellise Strickland menyatakan tunggakan gaji beliau adalah sekitar £3,500. Elise memikirkan tentang anak-anak buah beliau yang pastinya mahu bermanja dengannya dan meminta hadiah. Jika keadaan ini berterusan, beliau mungkin tidak dapat membelikan hadiah Krismas kepada mereka.

Ellise memberitahu masalah ini sangat menyakitkan hati kerana semua saling tuding-menuding siapa yang harus membayar gaji. “Ianya mengecewakan, semua orang nak lepas tangan. Saya membuat banyak panggilan telefon dan seorang ‘pass’ dekat seorang dan seterusnya. Tiada seorang yang ‘mahu’ membayar gaji kami.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN