Malaysia & Ahmed Al-Kaf: Ibarat Jodoh Yang Bertaut Semula

1 Disember 2018 – merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak Asia Tenggara. Ini kerana pada hari ini akan berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki pusingan pertama, dua negara yang mempunyai sejarah bola sepak tersendiri iaitu Malaysia dan Thailand.

Di atas kertas kertas, Thailand dianggap sebagai pilihan pertama kejohanan berdasarkan kedudukan di ranking FIFA dan pencapaian cemerlang skuad ‘Gajah Perang’ tersebut di saingan peringkat kumpulan.

Prestasi cemerlang penggempur utama, Adisak Kraisorn yang sehingga kini telah berjaya mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan setelah unggul dengan cetakan lapan gol.

Penyerang Muanthong United berusia 27 tahun itu berkemungkinan merupakan ‘duri dalam daging’ kepada skuad Malaysia – selepas dua gol jaringan beliau menyaksikan Malaysia tewas 2-3 kepada Thailand dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan AFF Suzuki 2014.

Pada malam ini jurulatih kedua-dua pasukan juga pastinya sibuk merencana strategi dan taktikal pasukan dalam usaha menjerat lawan masing-masing. Thailand pastinya mahu mara ke perlawanan akhir dan mencatat rekod selaku juara kali ke-3 berturut-turut dan ke-6 keseluruhan setelah berjaya melakukannya pada tahun 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.

Walau bagaimanapun, selain para pemain dan jurulatih, pengadil perlawanan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar. Sebarang keputusan pengadilan yang boleh mencetuskan kontroversi perlu dielakkan agar sebarang malapetaka semasa perlawanan berlangsung tidak akan berlaku.

Pengadil:  Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf

Bagi perlawanan antara skuad Harimau Malaya menentang skuad Gajah Perang pada malam ini, penganjur kejohanan telah melantik pengadil berpengalaman dari Oman iaitu Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf (Ahmed Al-Kaf).

Lebih dikenali sebagai Ahmed Al-Kaf, pengadil berusia 35 tahun ini yang menerima pertauliahan sebagai pengadil FIFA sejak 2010 – dan mempunyai pengalaman luas dalam mengadili perlawanan-perlawanan di peringkat Asia dan antarabangsa.

(Photo by VCG via Getty Images)

Pengadil berpengalaman ini sering terlibat dalam perlawanan-perlawanan peringkat Asia seperti kelayakan Piala Dunia ( Zon Asia), kelayakan Piala Asia, Liga Juara-Juara Asia, Piala AFC dan Kejohanan AFF Suzuki. Beliau juga adalah salah seorang pengadil FIFA untuk kejohanan Piala Dunia Bawah 20.

Ahmed Al-Kaf juga sebenarnya bukan pengadil yang asing membabitkan perlawanan melibatkan pasukan negara.

Malaysia vs Korea Utara

Antara perlawanan membabitkan pasukan negara yang pernah dikendalikan oleh Ahmed Al-Kaf ialah ketika menentang Korea Utara di kelayakan Piala Asia 2019.

Perlawanan yang berlangsung pada 13 November 2017 -diadakan di Buriram, Thailand – Malaysia yang bermain selaku tuan rumah, tewas 1-4 kepada pasukan pelawat.

Pasukan negara pada ketika itu dikendalikan oleh jurulatih dari Portugal, Nelo Vingada.

Foto: FAM
Malaysia vs Singapura

Ahmed Al-Kaf juga tidak asing terhadap perlawanan yang melibatkan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Antara perlawanan yang pasti akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia ialah perlawanan antara Malaysia menentang Singapura dalam peringkat kumpulan B.

Sebelum perlawanan, Malaysia yang hanya mengumpul satu mata dari dua perlawanan, memerlukan kemenangan ke atas Singapura untuk mengiringi Thailand ke peringkat separuh akhir.

(Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP/Getty Images)

Dalam perlawanan yang tegang tersebut, Ahmed Al-KAf telah menghadiahkan sepakan penalti kepada skuad Harimau Malaya di minit akhir perlawanan ketika kedudukan terikat 1-1.

Jaringan melalui sepakan penalti oleh Safiq Rahim pada masa kecederaan berjaya meruntuhkan ego Singapura sebelum Indra Putra Mahyuddin melengkapkan kemenangan bergaya 3-1 terhadap pasukan tuan rumah.

Malaysia vs Thailand

Ahmed Al-Kaf juga pernah mengadili perlawanan membabitkan Malaysia dan Thailand sebelum ini – di kejohanan yang sama. Malaysia dan Thailand dipertemukan di saingan peringkat Kumpulan B, juga di kejohanan Piala AFF edisi 2014.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan negara kendalian Dollah Salleh ditewaskan oleh skuad muda Thailand dengan jaringan 2-3. Dua dari jaringan tersebut dijaringkan oleh Adisak Kraisorn, manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Charyl Chappuis.

(Photo credit should read ROSLAN RAHMAN/AFP/Getty Images)
Penutup

Setakat ini Ahmed Al-Kaf boleh dianggap sebagai seorang pengadil yang cemerlang ketika menjalankan tugasan beliau. Sememangnya kita juga mengharapkan perlawanan pada malam ini berjaland dengan lancar tanpa sebarang kontroversi – khususnya daripada pengadil.

Nota Editor: Artikel ini disumbangkan oleh Football Lads dan disunting oleh Semuanya BOLA untuk terbitan dengan kebenaran penulis asal artikel. Like page Football Lads untuk lebih banyak kupasan bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN