Walaupun tempohnya masih lagi lewat, tetapi ia tidaklah begitu baik untuk penyokong Liverpool.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan yang beliau tidak akan menyambung kontraknya sebagai pengurus kelab itu.
Sebaliknya, beliau akan berehat untuk seketika sebelum menentukan ke mana hala tuju beliau.
Menurut laman Goal, Klopp memberikan kata dua mengenai masa depannya sebaik sahaja kontrak beliau bersama Liverpool tamat pada 2024.
Pertama, beliau akan kembali ke bola sepak dan kedua sama ada terus meninggalkan bidang pengurusan sukan tersebut.
“Saya akan berehat setahun dan akan menyoal diri saya sama ada saya rindukan bola sepak atau tidak.”
“Jika jawapannya adalah ‘tidak’ maka itu adalah pengakhiran kepada Jurgen Klopp.”
Itu adalah cerita masa hadapan, yang menjadi fokus kini adalah persediaan Liverpool untuk musim baharu pada 2020/2021.
“Kami mahu mengejar pihak lawan di serata padang dan terus menjadi pasukan yang paling tidak menyenangkan bagi pihak lawan.”
“Kami tidak mempertahankan mana-mana kejuaraan, kami mahu yang baharu dan kami baru saja mula memenangi sesuatu.”
Persediaan musim baharu buat Liverpool kelihatan baik dengan mereka kini berada di Austria untuk mendapatkan rentak.
Mereka juga telah mendapatkan pemain baharu iaitu Kostas Tsimikas dan dalam usaha membawa Thiago Alcantara dari Bayern Munich.