Disebalik kemenangan bergaya Liverpool menumpaskan Arsenal 5-1 di Anfield semalam, perlawanan itu turut diwarnai dengan detik yang cukup mengharukan buat pengurus The Reds, Jurgen Klopp.
Klopp berkongsi saat-saat mengharukan itu apabila melihat pemainnya, Mohamed Salah memberikan keutamaan buat Roberto Firmino untuk mengambil sepakan penalti tersebut.
Dalam perlawanan berkenaan, Liverpool sudah mendahului dengan mencetak 4 gol dihadapan – dua menerusi Firmino, manakala Sadio Mane dan Mohammed Salah masing-masing menjaringkan satu gol.
Sehingga minit ke-65, Liverpool telah dihadiahkan sepakan penalti. Salah yang sepatutnya mengambil tugas tersebus bagaimanapun memberikan kepada Firmino.
Firmino menyempurnakan peluang keemasan dengan berjaya menewaskan penjaga gol, Bernd Leno untuk gol ketiganya secara peribadi bagi mengesahkan kemenangan bergaya 5-1 buat pendahulu liga tersebut.
Klopp: Saya hampir menagis
Jaringan ketiga Firmino pada malam itu juga telah berjaya mengakhiri rekod terakhir pemain Liverpool, Peter Crouch yang berjaya mencipta jaringan hatrik bertemu Arsenal pada tahun 2007.
Menerusi Goal, pengendali berusia 51 tahun itu, mengakui dirinya hampir menagis melihat apabila Salah memberikan keutamaan kepada Firmino untuk menyempurnkan sepakan penalti.
Klopp berkata,” Mo Salah memberikan penalti itu kepada Bobby (Firmino) dan saya hampir menangis, kerana kita semua tahu betapa besar keinginan Mo untuk mencetak gol.”
“Itu benar-benar mengagumkan.”
“Secara keseluruhan, 5-1 menentang Arsenal tidak sering terjadi. Saya sangat puas dengan para pemain.”
Dengan hatrik ke gawang Arsenal, bererti Firmino menjadi pemain Brazil ketiga yang pernah mencetak hatrik di pentas Premier League.
Dua pemain Brazil sebelumnya adalah Robinho (Manchester City menentang Stoke City pada Oktober 2008) dan Afonso Alves (Middlesbrough bertemu Manchester City pada Mei 2008).