Liga Bola Sepak Kebangsaan B-17 Akan Dianjurkan Mulai Tahun 2019

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merancang untuk menganjurkan Liga Bola Sepak Kebangsaan Bawah 17 Tahun secara kompetitif mulai tahun depan.

Hal ini bermakna setiap pasukan yang terikat dengan syarat pelesenan kelab dalam saingan Liga Malaysia perlu membentuk pasukan bawah 17 tahun (B-17) masing-masing.

Dalam salah satu syarat pelesenan di bawah kriteria pembangunan, perkara 7.2 mengatakan setiap pasukan Liga Malaysia wajib mempunyai pasukan bawah umur, termasuk B-17. Setakat ini hanya ada dua pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United yang sudah memiliki pasukan B-17.

Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Richard Scully bercakap kepada Stadium Astro, berkata penganjuran Liga B-17 itu kini dalam proses perbincangan akhir untuk direalisasikan.

Walaupun FAM sudah menganjurkan kejohanan Piala Presiden peringkat B-21 serta Piala Belia untuk pemain-pemain B-19, Richard berpendapat liga kompetitif di peringkat peringkat B-17 ke bawah perlu diwujudkan bagi pembangunan akar umbi.

“Perkara ini berada dalam pelan perancangan FAM dalam usaha untuk menganjurkan saingan Liga Kebangsaan B-17. Setiap pasukan wajib memiliki skuad B-19 dan B-17 bagi membantu akar umbi pembangunan bola sepak negara,” katanya.

Penganjuran Liga B-12, B-14 & B-17 berada dalam pelan hala tuju 2019-2030 FAM.

Menurut Richard, perancangan untuk menganjurkan Liga Bolasepak bawah umur ini bukan sahaja membantu program akar umbi malah turut dilihat sebagai salah satu asas merealisasikan peta hala tuju atau Roadmap FAM, F:30 yang dilancarkan bulan lalu.

“Berdasarkan F:30, saingan liga bagi peringkat B-17 dianggap sebagai penambah nilai dan langkah untuk mencapai sasaran utama yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Terdapat pelbagai intipati lagi dalam Roadmap F:30 yang tidak disentuh di dalam artikel ini. Para pembaca boleh dapatkan ‘kitab’ pelan bola sepak negara di laman sesawang rasmi FAM.

Ini cumalah salah satu pelan yang dirangka dan pastinya akan ada halangan dan onak duri yang bakal dilalui oleh FAM dalam merealisasikan impian yang terdapat di dalam Roadmap tersebut.

Justeru, sokongan ahli gabungan sangat diperlukan ketika ini untuk menjayakan Roadmap F:30 ini. FAM telah membuka langkah yang berani dan ia juga perlu diikuti oleh ahli gabungan.

Empat tahun pertama bermula pada tahun 2019 depan adalah fasa penting untuk menjadi asas kepada dua lagi fasa berikutnya yang menyasarkan pencapaian di peringkat Asia dan juga dunia.

Tiada yang mustahil untuk digapai jika segala pelan yang telah dirancang teliti oleh FAM ini berjaya diikuti dengan jayanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN