Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji aksi cemerlang ditampilkan beberapa pemain muda yang diberikan peluang beraksi ketika berjaya membelasah Blackburn 6-0 pada aksi persahabatan di Anfield, awal pagi tadi.
Perlawanan tersebut menyaksikan Klopp memberikan ruang buat pemain-pemain muda seperti Sepp Van Der Berg, Ki-Jana Hoever, Jake Cain, Harvey Elliot, Curtis Jones, Neco Williams dan Leighton Clarkson untuk mempamerkan kualiti mereka.
Hoever dan Clarkson dalam pada itu turut mencuri tumpuan ramai apabila dengan tenang beliau mencetak nama selaku penjaring gol keenam.
Sehubungan dengan aksi baik yang dipamerkan, Klopp jelas gembira melihat perkembangan prestasi para pemain muda tersebut.
”Itu sangat bagus,” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Tidak hanya kerana gol tersebut [mengulas mengenai gol Leighton Clarkson] tetapi apabila anda melihat bagaimana cara dia masuk, saya merasakan hantaran pertama antara dua penyerang, dia berjaya berada di kedudukan posisi nombor enam, di mana dia begitu tenang, melakukan pusingan dan melepaskan bola keluar.”
”Kami boleh banyak memberikan tunjuk ajar kepad pemain-pemain ini, tetapi mereka perlu memberikan sesuatu yang lebih. Amat jelas Leighton tidak terlalu teruk dan Jake [Cain] melakukannya dengan baik. Kesemua daripada mereka.”
”Buat Sepp [Van der Berg] amat sukar untuk berada di pertahanan tengah. Kami sudah memiliki empat orang pemain, jadi terpaksa duduk di luar tetapi dia kelihatan begitu meyakinkan ketika sesi latihan.”
”Ki-Jana, pertahanan tengah dan bek kiri dan kelihatan sangat baik.”
”Anda melihat mereka apabila Harvey [Elliot], Curtis [Jones] dan Neco [Williams] beraksi, ia kelihatan sangat baik. Sudah tiba, sangat bagus mereka berada di sana dan berlatih bersama kami.”
”Cara kami bermain membantu pemain untuk berasa selamat. Semua pemain bertahan dan anda tidak berasa keseorangan dalam kawasan besar kerana anda tidak berpeluang untuk menyelesaikan keadaan itu. Itulah yang saya suka dan untuk pemain-pemain muda ini, ia sesuatu yang bagus,” ujar Klopp lagi.
Selain daripada dua jaringan pemain muda itu, gol-gol Liverpool pada perlawanan tersebut dihasilkan oleh Sadio Mane, Naby Keita, Takumi Minamino dan Joel Matip.