Jurgen Klopp: Keselamatan Tetap Jadi Keutamaan Pasukan

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa soal keselamatan tetap menjadi keutamaan buat kelab tersebut selepas sesi latihan pasukan di Melwood bermula semalam.

Dalam pada itu, pengendali kelahiran Jerman tersebut juga mengakui beliau tidak akan memaksa sekiranya terdapat mana-mana pemain yang enggan untuk menjalani latihan.

Menurut sumber Goal mengenai sesi latihan pasukan tangga teratas Liga Perdana Inggeris itu, Klopp dilihat memakai topeng muka manakala membahagikan para pemainnya kepada beberapa kumpulan kecil.

”Ini adalah pilihan pemain dan perkara itu begitu jelas.”

”Seperti saya katakan sebelum sesi ini, ‘Anda berada di sini atas kehendak sendiri. Kebiasaannya anda menandatangani kontrak dan perlu berada di mana yang saya mahukan, tetapi sekiranya anda merasakan tidak selamat, anda tidak perlu melakukannya.”

Jurgen Klopp di perkarangan Pusat Latihan Melwood.

”Tidak ada sekatan, tiada hukuman, tiada. Ia adalah keputusan sendiri dan kami menghormatinya 100 peratus,” ujar Jurgen Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Para pemain berada dalam keadaan baik. Kami tidak akan membahayakan sesiapa pun untuk melakukan perkara yang kami suka.”

”Ya, kami menyukai bola sepak, ya, itulah tugas kami tetapi itu tidak penting untuk dibandingkan dengan nyawa kami dan juga nyawa orang lain.”

Liverpool yang mendahului juara bertahan, Manchester City dengan kelebihan 25 mata hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat pertama kali sejak saingan liga itu diperkenalkan pada tahun 1992.

Menurut laporan sebelum ini yang dikeluarkan, Premier League merancang untuk kembali menyambung saingan liga tersebut pada pertengahan bulan Jun nanti.

Kredit foto: Liverpool FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool:

Leave a Reply