Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata tidak berpuas hati dengan jaringan pembukaan yang dihasilkan oleh pemain Fulham, Bobby Decordova Reid pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, awal pagi tadi.
Perlawanan di Craven Cottage itu menyaksikan Liverpool sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 sekaligus skuad juara bertahan tersebut gagal menggunakan kesempatan selepas pendahulu liga, Tottenham Hotspur turut terlebih dahulu diikat Crystal Palace.
Jaringan menerusi sepakan penalti oleh Mohamed Salah pada minit ke-81 menyelamatkan maruah Liverpool daripada tumpas kepada pasukan yang kini menghuni tangga ke-18 itu.
Mengulas mengenai jaringan pembukaan dihasilkan oleh Fulham, Klopp merasakan Salah terlebih dahulu dikasari Antonee Robinson sebelum Bobby Reid mendapat ruang untuk meledakkan rembatan dalam kawasan penalti bagi menewaskan Alisson Becker.
”Apa yang anda fikirkan? Boleh saya tanya pendapat anda?” Ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan oleh Goal.
”Semua pendapat tidak adalah 0.0 peratus relevan kerana kita tidak dapat untuk mengubah sebarang keputusan.”
”Ia merupakan satu kekasaran yang jelas. Tidak lebih dari itu. Ia bukan kad kuning atau kad merah tetapi pemain yang berjaya melepasi bola akan memiliki kelebihan.”
”Mendapatkan bola kerana menolak Mo [Salah]. Sekiranya dia tidak menolak Mo, Mo yang akan mendapatkan bola tersebut.”
”Ia bukannya soal seberapa keras kekasaran itu, ini berkenaan dengan kelebihan. [Menolak] menggunakan kedua-dua tangan, VAR mengatakan apa, sekadar kontak biasa?”
”Saya tidak pasti apa yang dilakukan oleh Lee Mason di rumah, tetapi ia bukanlah kontak biasa dalam bola sepak. Ia merupakan kontak yang cukup untuk mendapatkan kelebihan, jadi ia merupakan satu kekasaran.”
”Tetapi kita tidak boleh mengubah keputusan itu dan saya hanya bercakap tentang ini kerana anda bertanyakannya,” ujar Klopp menurut laporan Goal
Kredit featured image: Mike Hewitt/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool dan Jurgen Klopp:
EPL 2020/21: Liverpool Tolak Tuah, Sekadar Terikat Dengan Fulham