Jurgen Klopp: Mana Boleh Beli Pemain Sembarangan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan yang sebarang pembelian haruslah dibuat dengan teliti dan bukannya boleh dilakukan secara sembarangan.

Menurut Sky Sports, Klopp mengatakan pembelian pemain haruslah dilakukan tepat walaupun keadaan kini semakin suntuk untuknya.

Klopp mengakui yang pasukannya perlu mendapatkan pertahanan tengah yang baharu selepas kecederaan Joel Matip dan Fabinho menjadikan Liverpool kini tiada langsung pemain yang cergas di posisi itu.

“Kami ada pemain cuma di bahagian pertahanan ianya tidak ramai sebenarnya. Tetapi apa yang berlaku [kemenangan ke atas Tottenham Hotspur] adalah hebat. Sangat hebat.”

“Semestinya, kami memikirkan hal itu [membeli pertahanan baharu] setiap masa, kami fikirkan setiap masa. Ianya adalah berkisarkan mengenai melakukan perkara yang tepat.”

“Saya bukanlah cerewet tetapi kami perlu dapatkan pemain yang tepat.”

Semalam ketika menentang Tottenham, Klopp meletakkan Jordan Henderson dan Matip di bahagian pertahanan tengah.

Namun begitu, kecederaan di separuh masa pertama melibatkan Matip memaksa Nat Philips dibawa masuk untuk menggantikan beliau yang dilihat mengalami kecederaan serius.

Liverpool menang di utara London dengan jaringan 3-1 hasil gol Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold dan Sadio Mane.

Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:

Klopp: Spekulasi Masa Depan Salah Tak Ganggu Prestasi Liverpool (semuanyabola.com)

Jurgen Klopp Bersedia Beri Tentangan Sengit Di Old Trafford (semuanyabola.com)

Statistik Ini Memerlukan Klopp Pertimbang Kedudukan Firmino Dalam Kesebelasan Utama Liverpool (semuanyabola.com)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN