Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya belum lagi selamat dari bergelar juara Premier League musim ini.
Memasuki separuh perjalanan liga, Liverpool kini menduduki tangga teratas dengan berkelebihan 4 mata mengatasi pencabar terdekat – Manchester City.
Menurut laman BBC Sport, Klopp mengatakan masih ada lagi pasukan selain Manchester City yang boleh menghantui Liverpool dalam usaha mereka memperoleh kejuaraan pertama liga sejak 1990.
Pasukan-pasukan tersebut adalah Tottenham Hotspur, Arsenal dan juga Chelsea.
“Saya melihat perlawanan antara Tottenham Hotspur dan juga Everton yang menyaksikan mereka bermain lebih daripada elok.”
“Totteham Hotspur berjaya menepati segala sasaran dan ianya cukup hebat apabila disaksikan.”
Menurut Klopp, pasukan-pasukan yang dinyatakan tersebut tadi masih lagi dalam perebutan untuk bergelar juara liga dan tidak pernah terkeluar dari saingan tersebut.
“Tiada siapa yang patut berasa diri mereka sudah terkeluar dari saingan merebut kejuaraan liga.”
“Pada saya, Tottenham Hotspur tidak pernah tersingkir dari saingan Premier League dan kenapa orang terkejut apabila mereka kini dianggap sebagai pencabar utama?”
“Begitu juga dengan pasukan seperti Arsenal dan Chelsea.”
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri sebelum ini mengatakan pasukannya kini tidak lagi berada dalam perebutan untuk memenangi Premier League selepas tumbang di tangan Leicester City tempoh hari.
Manakala Arsenal pula dianggap sebagai pembunuh senyap kerana berjaya memperbaik prestasi mereka dengan tidak kalah dalam 22 perlawanan dalam semua pertandingan.
Livepool bakal bertemu Newcastle United untuk aksi Boxing Day.