Barcelona Sanggup Korban Coutinho Dalam Usaha Dapatkan Mbappe

Jendela perpindahan bakal kembali lagi dengan pasukan-pasukan Eropah bakal kembali berbelanja untuk mendapatkan pemain baharu di pertengahan musim.

Pelbagai khabar angin tersebar di banyak tempat dan Barcelona tidak ketinggalan daripada terkena tempiasnya.

Menurut laman Times Now News, Barcelona dikatakan bersedia untuk mengorbankan Philippe Coutinho demi mendapatkan pemain muda terbaik dunia ketika ini iaitu Kylian Mbappe.

(FromL) 2018 FIFA Ballon d’Or awarded for best player of the year, Men’s Ballon d’Or Real Madrid’s Croatian midfielder Luka Modric, Women’s Ballon d’Or Olympique Lyonnais’ Norwegian forward Ada Hegerberg and Under-21 Ballon d’Or (Kopa trophy) Paris Saint-Germain’s French forward Kylian Mbappe pose at the end of the 2018 FIFA Ballon d’Or award ceremony at the Grand Palais in Paris on December 3, 2018. – The winner of the 2018 Ballon d’Or will be revealed at a glittering ceremony in Paris on December 3 evening, with Croatia’s Luka Modric and a host of French World Cup winners all hoping to finally end the 10-year duopoly of Cristiano Ronaldo and Lionel Messi. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Mbappe yang kini merupakan pemain utama di Paris Saint-Germain (PSG), dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol untuk menyertai Barcelona.

Namun begitu, perpindahan ini mempunyai misi yang tersendiri oleh Barcelona.

Barcelona dikatakan tidak mahu melihat Neymar yang kini bersama PSG kembali semula ke La Liga dengan menyertai Real Madrid.

Oleh itu, mereka sedia menjadikan Coutinho sebagai korban untuk mendapatkan Mbappe dan dalam masa yang mematikan langkah Neymar ke Real Madrid.

Semua ini bermula apabila Neymar mengatakan beliau tidak begitu gembira dengan kehidupan di Paris.

Hal ini kerana, beliau berasa jauh dengan individu-individu yang rapat dengan dirinya.

Oleh kerana itulah Barcelona sedia mengorbankan Coutinho yang merupakan rakan baik Neymar dalam skuad kebangsaan Brazil.

Walaupun begitu, setakat ini belum lagi ada sebarang pendekatan rasmi yang dilakukan Barcelona dalam usaha merealisasikan perpindahan tersebut.

Dari perspektif Coutinho, mahukah beliau untuk berpindah ke Paris sedangkan beliau sudah pun mendapatkan perpindahan idaman beliau ke Barcelona? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN