Jurgen Klopp digesa oleh bekas pemain pertahanan Liverpool, Steve Nicol untuk lebih kerap menurunkan Darwin Nunez dalam kesebelasan utamanya selepas ini.
Nunez sudah empat kali dimasukkan sebagai pemain gantian dari enam penampilan beliau bersama skuad Liverpool dan beliau turut berjaya menjaringkan dua gol sepanjang tempoh tersebut.
Walau bagaimanapun, dari enam penampilan itu, Darwin Nunez turut pernah menerima satu layangan kad merah yang menyebabkan beliau digantung tiga perlawanan.
Liverpool legend Steve Nicol claims two players are catalyst to Jurgen Klopp's problems https://t.co/hAxZkfZiGn
— LFCNews (@LFCNews) September 9, 2022
Liverpool pada ketika itu mengalami masalah kekurangan pemain di posisi serangan kerana Nunez digantung dan Jota pula dibelenggu masalah kecederaan.
Kini, Diogo Jota sudah kembali pulih dan berada di tahap kecergasan terbaiknya untuk kembali beraksi dan Nunez juga sudah selesai menjalani hukuman penggantungan.
Roberto Firmino sementara itu turut sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan ia bermaksud Nunez perlu berusaha lebih keras untuk memastikan beliau mendapat tempat dalam skuad utama.
Selepas tamat aksi bertemu Ajax baru-baru ini, Nicol tampil mendedahkan yang Klopp perlu memberi lebih sokongan kepada Nunez andai beliau mahu melihat bintang Uruguay itu berjaya di Anfield.
Steve Nicol highlights 'impossible' task facing Jurgen Klopp in worrying Liverpool claim #LFC https://t.co/Mq4rOzb1LM
— Express Sport (@DExpress_Sport) September 8, 2022
“Ketika saya melihat skuad, perkara pertama saya lakukan adalah saya lihat di bangku simpanan adakah Nunez mengalami kecederaan atau apa yang berlaku.”
Jelas Nicol.
“Kamu perlu memastikan dia diturunkan, bagi dia minit permainan dan bagi dia bina hubungan dengan pemain lain. Selagi kamu tak lakukan itu kamu tidak akan dapat yang terbaik dari dia.”
“Seperti yang kita semua tahu, dia masih belum sempurna, dia masih sangat mentah, tapi apa yang dia bawa jelas sekali berbeza dari apa yang Jota dan Firmino bawa, dia bagi kamu dua perkara yang orang lain tak boleh bagi.”
“Firmino lebih kepada tentang possession, jika kamu bagi dia kawal bola dan bermain bersama Diaz dan Salah, itu memang kelebihan Firmino. Saya rasa dia boleh lakukan itu.”
“Dia cuma perlu perbaiki itu dan dia boleh jaringkan gol sebab itu dan itu juga memang kelebihan Jota untuk menjaringkan gol.”
Diogo Jota:
“Darwin (Nunez) didn’t play too many games yet with the sending off he got. In contrast Sadio (Mane) played for this team for a long period and was used to everything." 🔴https://t.co/Z3ZpJDK9U5
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 14, 2022
Tambah Nicol lagi.
“Dia seorang yang kecil di dalam kotak penalti, ia bermaksud dia akan selalu ada untuk letakkan bola dalam gawang gol, ia kerana saya tak rasa dia ada kemampuan link-up yang baik atau mengawal bola dengan baik.”
“Kamu kena masukkan dia dalam padang dan dapatkan keserasian dengan pemain lain. Saya seorang pertahanan, saya sendiri takut nak berdepan dengan dia, saya lebih memilih bermain bertemu Jota atau Firmino berbanding dengan dia.”
“Dia tak akan bertambah baik selagi mana dia tak dapat minit permainan. Saya tak rasa dua lagi pemain itu mampu jadi bagi dia main.”
Mark Lawrenson on Darwin Nunez:
"He does [need confidence] but he’s not helped himself by getting sent off against Palace. Had he not, he would have started most of the games." #lfc [off the ball – youtube] pic.twitter.com/OeIXz0aU5Z
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 14, 2022
Nicol sangat berharap agar Jurgen Klopp akan lebih kerap menurunkan Darwin Nunez selepas ini agar bintang Uruguay itu mampu mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.