Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah mendedahkan apa yang beliau beritahu anak-anak buahnya selepas tamat aksi kekalahan memalukan mereka di tangan Real Madrid.
Liverpool tewas 5-2 di tangan Los Blancos dalam aksi perlawanan leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Anfield.
Ia jelas sekali satu perlawanan yang mahu segera dilupakan oleh seluruh kem Liverpool kerana ia boleh dianggap sebagai antara kekalahan yang paling memalukan.
Jurgen Klopp: “If people believe in me, then we will go through this together. We will have great times again”. 🔴 #LFC
“I will not and I cannot go. I’ve too much responsibility. It's difficult times but this club is special because we believe”. pic.twitter.com/KFnMKyCweh
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 13, 2023
Liverpool sebenarnya terlebih dahulu mendahului perlawanan tersebut selepas Darwin Nunez dan Mohamed Salah masing-masing cemerlang menewaskan Thibaut Courtois untuk membantu The Reds mendahului 2-0.
Walau sudah ketinggalan 2-0, Real Madrid jelas sekali tidak berputus asa dengan anak-anak buah Carlo Ancelotti itu kemudiannya bangkit dan meledak 5 gol.
Masuk aksi babak kedua, Real Madrid dilihat lebih rakus dengan mereka tidak henti-henti melancarkan serangan merbahaya ke kubu pasukan tuan rumah.
Kemenangan tersebut membantu Real Madrid untuk membawa bekalan yang sungguh selesa ke Santiago Bernabeu bagi berdepan Liverpool dalam aksi leg kedua nanti.
Jurgen Klopp: "I’m not happy with our situation, but how you deal with the situation and behave in the situation decides how the time will be after it", tells Sky 🔴 #LFC
"I am responsible for all this. If you want to criticise, criticise me. Don’t go for the wrong people". pic.twitter.com/yZpvvP6INb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 12, 2023
Liverpool perlu menang dengan keputusan yang selesa untuk mendapatkan tempat layak ke peringkat suku akhir.
Agak sukar untuk The Reds mencatatkan kemenangan sekurang-kurangnya 4-0 di Santiago Bernabeu dalam usaha mereka untuk layak ke peringkat seterusnya.
Para pemain The Reds dikritik teruk atas beberapa aksi bertahan mereka yang sangat mengecewakan dalam perlawanan tersebut.
Jadi selain perlu berdepan para pemain Real Madrid, para pemain Liverpool juga perlu memiliki kekuatan mental yang kuat selepas mereka teruk dihentam oleh pelbagai pihak.
Walau bagaimanapun, Jurgen Klopp tampil menyatakan yang anak-anak buahnya telah diingatkan supaya mereka sentiasa yakin diri dan jangan fikirkan tentang kekalahan itu.
📺 Jurgen Klopp on the tie being over:
“I think Carlo (Ancelotti) thinks it is, and I think it is as well in the moment.” 🔴 pic.twitter.com/1Z8RNX5Sp3
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 21, 2023
Bercakap selepas tamat perlawanan, Klopp mendedahkan tentang apa yang beliau katakan kepada anak-anak buahnya.
Klopp menegaskan kepada anak-anak buahnya yang kekalahan memalukan itu tidak akan memberi kesan kepada apa-apa hal sekalipun selepas ini.
Ketika ditanya adakah keyakinan para pemainnya terjejas, pengurus dari Jerman itu menjawab bahawa:
“Saya boleh nampak yang semua orang fikir itu. Boleh difahami, tapi itu memang tak dibenarkan.”
“Saya beritahu pemain sendiri selepas perlawanan. Ia merupakan hal berbeza yang berlaku malam ini. Ia satu keputusan yang mana ia jelas bertentangan dengan apa yang kita mahukan.”
Merungkai tentang kekalahan tersebut, Klopp menyatakan bahawa:
“Kekalahan akan tetap sekadar menjadi kekalahan andai kamu tak belajar sesuatu dari situ. Jika kamu tidak belajar dari apa yang berlaku malam ini, yang mana babak pertama sungguh menakjubkan, cara bagaimana kita bermain, ia sangat luar biasa. Itu adalah apa yang kami mahu, dan itulah apa yang mahu kami terus lakukan.”
“Jika kita sekarang membenarkan satu perlawanan ini memberi kesan, kita sebenarnya sangat menjengkelkan. Kita ada beberapa hari untuk kita perbaiki kekurangan kita.”
💬 Jurgen Klopp:
"Their first goal, we had 5/6 players around him, no challenge. That cannot happen." pic.twitter.com/F8iPRiQAR8
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) February 21, 2023
“Ya, kita perlu perbaiki. Gol ketiga teruk, gol pertama, teruk, (perlu diperbaiki).”
“Tapi kita perlu ambil sisi yang baik juga. Ia akan menjadi sangat teruk andai kita tidak lakukan itu. Intensiti, usaha yang kita tunjukkan, gaya bola sepak yang kita mainkan. Boleh dikatakan segalanya yang mahu kita tonjolkan dari diri kita sendiri. Kita perlu pastikan kita kekalkan itu.”