Jurgen Klopp Beri Punca Mengapa Liverpool Gagal Raih Kejuaraan EPL Musim Lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya punca mereka gagal untuk memperoleh kejuaraan English Premier League (EPL) musim lalu di tangan Manchester City adalah disebabkan kualiti pengadilan.

Menurut pengendali dari Jerman itu, beberapa keputusan pengadil yang disifatkan dirinya sebagai tidak tepat menjadi punca mengapa Liverpool gagal untuk memintas City sebagai pendahulu carta liga ketika itu.

Liverpool pada musim lalu menamatkan saingan EPL dengan mengumpul 92 mata berbanding pasukan kendalian Pep Guardiola yang mengutip 93 secara keseluruhan.

Keputusan dramatik pada perlawanan akhir liga menyaksikan City 2-0 ketika itu di tangan Aston Villa sementara Liverpool sedang mendahului Wolverhampton Wanderers .

Namun keputusan penuh perlawanan menyaksikan City berjaya menewaskan cabaran anak-anak buah Steven Gerrard dengan jumlah jaringan 3-2 untuk terus mengesahkan kejuaraan liga menjadi milik mereka sekaligus mengetepikan Liverpool.

Klopp percaya punca kejuaraan City lebih disebabkan keputusan pengadilan yang memihak pasukan tersebut serta tidak berlaku adil kepada kelab lain terutama sekali Liverpool.

“Saya tak ada masalah dengan sesiapa pun dari Manchester City, mereka layak untuk menjuarai EPL seperti kami juga yang turut layak muncul sebagai juara saingan tersebut.

“Apa yang bermain di fikiran saya ketika itu, jelas beberapa perkara langsung tidak memihak kepada kami dan saya terus berharap agar penghujung musim ia tidak akan menjadi penentu kepada segalanya.

“Kemudian kami melupakannya dan tidak lagi memikirkan perkara tersebut. Namun, keputusan pengadil masih lagi secara terang-terangan sangat meragukan dan saya sekali lagi berfikir apa yang akan memihak kepada kami?,” luah Klopp menerusi Sport Bible.

Antara contoh pengadilan yang agak meragukan apabila keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada City ketika perlawanan menentang Wolves biarpun VAR menunjukkan bola terkena ketiak Joao Moutinho dalam petak penalti.

Selain itu, City juga dihadiahkan sepakan penalti ketika berdepan Arsenal pada awal tahun lalu dan lawan tidak mendapat kelebihan tersebut biarpun berhadapan situasi lebih kurang sama.

Situasi lain yang turut menggambarkan situasi pengadilan agak teruk apabila City berjaya menafikan Everton untuk sekurangnya meraih keputusan seri setelah bola yang terkena tangan Rodrigo dalam petak penalti turut disangkal.

Klopp turut menghamburkan rasa kecewa apabila keputusan pengadil jelas tidak memihak pasukan kendaliannya ketika bertemu Tottenham Hotspurs musim lalu ketika mereka sekadar terika seri 2-2.

Menurut beliau, keputusan pengadil jelas agak meragukan apabila tiada layangan kad merah diberikan kepada Harry Kane ketika penyerang tersebut mencederakan Andrew Robertson.

“Tak kira bagaimana cara Manchester City peroleh kejuaraan liga musim lalu, mereka sangat layak. Sebaliknya perkara lain semuanya sama sahaja.

“Sehingga hari ini saya merasakan tidak ada rasa apa-apa perbezaan jika kami muncul sebagai juara liga atau kejuaraan UCL untuk kali kedua,” jelas Klopp lagi.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN