Jurgen Klopp Akui Mohamed Salah Perlu Terus Meningkat Bagi Ulangi Pencapaian Musim Lalu

Salah

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa beliau tidak pernah meragui kemampuan ayam tambatannya, Mohamed Salah yang membuat penampilan hebat pada musim pertamanya (2017/18) bersama pasukan.

Klopp turut melihat Salah perlu untuk terus meningkat bagi  mengulangi pencapaian tersebut.

Pemain antarabangsa Mesir itu memainkan peranan yang cukup penting buat Liverpool pada musim lalu setelah berjaya mencipta 41 jaringan dalam semua pertandingan serta dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 32 gol.

Musim ini pula menyaksikan Salah menjadi pemain terpantas buat sejarah Liverpool bagi menjaringkan 40 gol dalam saingan EPL selepas berjaya menyumbat hatrik pada pertemuan menentang Bournemouth, Sabtu lalu.

”Saya tidak tahu sebenarnya apa yang ditulis oleh orang ramai, saya tidak mempunyai bayangan mengenai perkara ini.”

”Tetapi kami perlu untuk terus maju dan untuk mengesahkannya serta memperbaikinya lagi seperti 41 gol dalam satu musim.”

”Semua orang akan sedikit bergelut tetapi bagaimana cara anda memperbaikinya?”

”Kita semua perlu belajar untuk menangani perkara ini dan sudah pasti dia (Mohamed Salah) juga begitu.

”Dia tidak pernah mengalami musim yang seperti ini dan dia mahu mengulanginya lagi pada musim ini. Tetapi anda perlu melakukannya langkah demi langkah, jadi itulah yang perlu kami lakukan.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN