Dimitar Berbatov: Tottenham Hotspur Perlu Memenangi Piala Untuk Pastikan Mauricio Pochettino Kekal Bersama Pasukan

Pochettino

Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov menyifatkan bahawa Spurs perlu untuk memenangi piala dalam usaha mengekalkan pengurus pasukan, Mauricio Pochettino bagi terus membimbing kelab London tersebut.

Nama pengendali kelahiran Argentina itu sering dikaitkan dengan penghijrahan ke Real Madrid dan ketika ini Manchester United dikatakan berminat untuk menjadikannya sebagai pengganti Jose Mourinho di Old Trafford.

Tottenham merupakan antara pasukan yang bersaing hebat sejak beberapa musim kebelakangan ini, namun Berbatov melihat kemarau piala yang dihadapi bakal membuatkan Pochettino  beralih angin ke pasukan lain.

”Mereka mempunyai segala-galanya yang dimahukan pengurus. Sebuah pasukan yang hebat, padang latihan yang hebat, stadium yang hebat. Mungkin yang mereka rindukan adalah kejayaan.”

”Apa yang berlaku terhadap pengurus adalah sama seperti yang dimahukan oleh pemain – mereka mahu untuk memenangi sesuatu dan memerlukan sesuatu untuk ditunjukkan selepas itu.”

Berbatov
Berbatov ketika membantu Spurs menjulang Piala Carling 2007/08. Turut kelihatan Juande Ramos dan Robbie Keane. Foto: Spursweb

”Spurs perlu untuk memenangi sesuatu bagi mengekalkannya bersama pasukan – itu adalah satu benda yang hilang (kejuaraan). Saya harap dia (Mauricio Pochettino) akan kekal, semua orang hanya bercakap perkara yang baik mengenainya.”

”Untuk Spurs mencapai ketinggian yang mereka mahu kecapi, mereka perlu untuk mengekalkan Pochettino.”

Kali terakhir Tottenham Hotspur meraih kejayaan menjulang piala adalah dalam saingan Piala Carling 2007/08 yang menyaksikan Spurs menundukkan Chelsea 2-1 di Wembley ketika dibawah bimbingan Juande Ramos.

Berbatov sendiri memadamkan jaringan pendahuluan dihasilkan Didier Drogba dan Jonathan Woodgate kemudiannya menjaringkan gol pada masa tambahan untuk menghadiahkan kejuaraan buat Spurs.

Selepas itu, Tottenham terus ketandusan kejayaan sehingga ke hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN