Jurgen Klinsmann Sah Diumumkan Sebagai Pengurus Skuad Korea Selatan

Jurgen Klinsmann secara rasminya telah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Korea Selatan bagi menggantikan tempat Paulo Bento.

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) hari ini telah mengumumkan yang ikon bola sepak Jerman, Jurgen Klinsmann telah sah dilantik menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan mereka yang baharu.

Sebaik gergasi Asia itu tewas di tangan Brazil di pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia Qatar baru-baru ini, Paulo Bento dengan segera meletak jawatan beliau sebagai pengurus skuad kebangsaan Korea Selatan.

Selepas beberapa bulan mencari pengganti, KFA akhirnya memilih Jurgen Klinsmann sebagai pengurus skuad kebangsaan Korea Selatan yang baru bagi menggantikan Paulo Bento.

Menurut dari kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh KFA, Jurgen Klinsmann bakal mengendalikan skuad kebangsaan Korea Selatan hingga Piala Dunia 2026 yang akan dianjurkan oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Legenda bola sepak Jerman itu pernah melatih kelab gergasi Eropah, Bayern Munich dan Hertha BSC dengan beliau turut pernah dilantik sebagai penasihat ahli lembaga pengarah bersama Toronto.

Di pentas bola sepak antarabangsa pula, Jurgen Klinsmann pernah melatih skuad kebangsaan Jerman dan Amerika Syarikat sebelum beliau kini diumumkan sebagai pengurus baharu skuad kebangsaan Korea Selatan.

Antara pencapaian terbaik Jurgen Klinsmann sebagai pengurus, beliau pernah berjaya membawa Jerman untuk mengakhiri saingan Piala Dunia 2006 di kedudukan ketiga.

Selain dari dikenali sebagai seorang pengurus yang sungguh luar biasa dahsyat, Klinsmann juga turut mempunyai sejarah sebagai antara pemain yang sangat disegani satu ketika dahulu.

Sepanjang kariernya di pentas antarabangsa, Klinsmann pernah melakukan 108 penampilan untuk negaranya, dan menjaringkan 47 gol.

Jurgen Klinsmann merupakan pengurus kedua dari Jerman yang dilantik untuk melatih skuad kebangsaan Korea Selatan selepas Uli Stielike.

Uli Stielike sebelum ini telah dipecat oleh KFA selepas kegagalan beliau untuk mengendalikan skuad kebangsaan Korea Selatan dengan baik sepanjang tahun 2017 yang lalu.

Klinsmann selepas ini bakal mempersiapkan skuadnya untuk aksi persahabatan antarabangsa Korea Selatan menentang Colombia pada 24 Mac dan Uruguay pada 28 Mac ini.

Jurgen Klinsmann juga bakal diberi tanggungjawab besar untuk memimpin skuad Korea Selatan untuk aksi Piala Asia pada tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN