Pemain Leeds United, Junior Firpo tidak menyesal untuk tinggalkan Barcelona demi kelab Inggeris itu.
Beliau yang kini menyertai Premier League, jelas sekali kagum dengan kualiti kejurulatihan yang ada pada kelab itu dibawah kendalian Marcelo Bielsa.
Kata beliau, itulah yang menjadi perbezaan antara waktu beliau di Leeds dengan Barcelona.
Pada hemat Firpo, kualiti kejurulatihan kedua-dua kelab amat berbeza dan apa yang dilakukan di Leeds adalah yang pertama kali dilaluinya sebagai pemain.
Firpo juga menegaskan yang Leeds amat menekankan latihan individu terhadap semua pemain dan ini tidak dilakukan dengan kerap di Barcelona.
“Saya berada di sini dalam masa dua minggu dan saya sudah tonton video mengenan individu lebih banyak berbanding dua tahun saya di Barcelona.”
“Ini menunjukkan mereka telah mengkaji bagaimana sikap seseorang pemain ketika beraksi dan mereka terangkan apa yang mereka nak kita buat.”
“Dari situ, kita dapat tahu yang mereka benar-benar teliti dalam kerja mereka.”
Menurut Firpo, beliau amat kagum dengan apa yang dilakukan oleh Bielsa terhadap intipati latihan yang mengutamakan fizikal.
“Satu perkara yang Bielsa amat beratkan adalah mengenai fizikal. Seorang pemain akan ada kualiti fizikal yang mantap kerana mereka bekerja keras untuk itu.”
“Adalah sukar untuk bermain menentang kami, itu adalah pasti.”
“Saya telah dengar banyak mengenai corak bekerja tetapi yang ini [di Leeds] adalah yang kali pertama saya dengar.”