Junior Eldstal Bantu ‘Ubi Sabah’ Beli Kelengkapan Persiapan Ke Barcelona

Dalam satu muatnaik di laman media sosial Twitter milik bekas penyerang Sabah, Scott Ollerenshaw mengisahkan bagaimana Junior Eldstal membantu seorang platih di sekolah sukan SMK Datu Peter Motunjin baru- baru ini.

Scott Ollerenshaw dipetik sebagai berkata: “Kisah baik untuk diberitahu. Safryan Zaki dari SMK Datu Peter Motunjin, Kota Kinabalu kehilangan peralatan bola sepak selepas sekolah beliau terlibat dengan bencana kebakaran.”

“Safryan adalah pemain berbakat besar, dan dijadualkan akan terbang ke Barcelona untuk mengikuti latihan pada Khamis. Tetapi Safryan tidak mempunyai peruntukkan untuk membeli kelengkapan lain.”

“Oleh itu, saya menghubungi Junior Eldstal pada Jumaat lalu untuk bertanya jika pihak penaja beliau boleh menghulurkan bantuan. Menyedari tidak ada masa untuk berbuat demikian, Junior pergi membeli belah sendiri (poket sendiri), dan membelikan Safryan sepasang kasut but baharu dan peralatan lain.”

“Ahli sukan adakalanya sering mendapat reputasi kurang baik. Sebenarnya mereka tidak seburuk itu,” ujar Scott mengakhiri kenyataan di twitter tersebut.

Semalam akhbar New Strait Times menyiarkan kisah pelajar Tingkatan 1 SMK Datuk Peter Mojuntin, Safryan Zaki kehilangan semua kelengkapan sukan miliknya, termasuk sepasang kasut baharu bernilai RM700 selepas asrama sekolah tersebut terlibat dengan kebakaran pada Isnin minggu lalu.

Pada mulanya, anak muda ini agak bingung kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membeli kelengkapan baharu.

Namun demikian, akhbar yang sama melaporkan Safryan kemudiannya dihadiahkan sepasang kasut but yang baharu bernilai RM699 dan kelengkapan lain daripada seorang individu tidak dikenali di Selangor.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada individu tersebut kerana memastikan saya mempunyai kelengkapan ini,” ujar Safryan.

Walaupun beberapa laporan daripada media tempatan tidak mendedahkan mengenai pemberi misteri tersebut semalam, muatnaik daripada Scott Ollerenshaw ini mungkin telah menjawab persoalan tersebut.

Sumber: Laman Facebook Hunior Eldstal.

Safryan adalah pelajar kelahiran Tawau, Sabah. Pihak sekolah dan guru juga dilaporkan cuba membantu beliau untuk mendapatkan kelengkapan lain sebelum anak muda ini bertolak ke Sepanyol.

Safryan tiba di Kuala Lumpur pada hari ini, dan dijadualkan akan terbang ke Barcelona pada Khamis ini.

Dalam kejadian 7:30am pada Isnin lalu, kebakaran di SMK  Datu Peter Motunjin menyebabkan keseluruhan blok asrama musnah.

Tiada kejadian melibatkan kehilangan nyawa dilaporkan kerana pelajar-pelajar sedang berada di kelas masing-masing pada masa itu.

Syabas Junior Eldstal. Sungguh murni sikap yang anda tonjolkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN