Rahsia Jumlah Tajaan Liga Malaysia Untuk Elak Persepsi

Jumlah nilai tajaan Liga Malaysia terus dirahsiakan oleh pihak Malaysian Football League (MLFL) menyebabkan ramai penyokong bola sepak tempatan tertanya-tanya.

Sebelum ini badan pentadbir bola sepak negara itu telah mengumumkan dua entiti sebagai penaja saingan bola sepak tempatan mulai musim ini.

Terbaru adalah syarikat perbankan terkemuka, CIMB Group Holdings Berhad yang mengikat perjanjian selama dua musim untuk tajaan.

Melalui perjanjian yang diumumkan semalam, CIMB akan menjadi penaja utama saingan Piala Sumbangsih dan Liga Super Malaysia.

Turut diikat kembali sebagai penaja ialah syarikat telekomunikasi terkemuka begara, Telekom Malaysia (TM) yang akan tampil sebagai penaja utama saingan Piala Malaysia selama tiga musim.

Antara alasan yang dinyatakan untuk merahsiakan nilai tajaan dari kedua-dua entiti tersebut ialah ianya bertujuan untuk menghormati permintaan pihak penaja yang tidak mengizinkan jumlah tajaan didedahkan kepada umum.

Langkah tersebut turut menimbulkan tanda tanya mengambil kira peminat dan penyokong bola sepak tempatan sebagai pemegang taruh penting dalam industri bola sepak negara.

Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden MFL sebelum ini bagaimanapun menjelaskan, biarpun nilai sebenar tajaan tidak diumumkan kepada peminat, namun setiap pasukan dalam Liga-M akan dimaklumkan mengenai jumlah berkenaan.

“Kalau kita bagi tahu berapa jumlah sudah tentu setengah pihak akan memberikan reaksi negatif ataupun positif tapi bagi saya di pihak MFL kita perlu menjaga ikatan bersama penaja kita dan jumlah ini bukanlah isu yang besar,” katanya.

“Apa yang penting, MFL dapat penajaan yang baharu dan berterusan untuk memastikan rakan kongsi dan MFL dapat bergerak ke hadapan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN