Julian Nagelsmann Beri Sebab Kenapa Tak Berminat Jadi Pengurus Chelsea

Nagelsmann Chelsea
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Punca sebenarnya kenapa Julian Nagelsmann menghentikan perbincangan untuk menjadi pengurus baharu Chelsea telah didedahkan.

Dengan prestasi semasa kelab Liga Perdana Inggeris tersebut, sudah pasti Frank Lampard sudah boleh melupakan hasratnya untuk menjadi pengurus tetap dan boleh meneruskan tugasannya selaku pengurus interim sahaja sehingga penghujung musim ini.

Selepas pemecatan Graham Potter, The Blues telah menyenaraikan sebilangan pengurus yang memiliki reputasi tinggi untuk dibawa ke Stamford Bridge termasuk Mauricio Pochettino, Luis Enrique dan Vincent Kompany.

Tidak terkecuali Nagelsmann yang baru sahaja dipecat oleh Bayern Munich pada bulan lalu dan kini jurulatih berusia 35 tahun itu terbuka untuk menyertai mana-mana kelab bersesuaian.

Namun menurut agensi media Jerman Sport1, Nagelsmann segera menarik minatnya untuk menjadi pengurus baharu Chelsea kerana beliau mahu sebuah pasukan yang boleh menjanjikan projek jangka panjang yang meyakinkan dan bukannya skuad yang mempunyai kepincangan di dalam bilik persalinan.

Malah beliau juga menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya telah membatalkan perbincangan pusingan seterusnya dengan pengurusan Chelsea kerana tidak pernah sama sekali memulakannya.

Pemilik Chelsea, Tedd Boehly dijangka tiada masalah untuk terus berbelanja untuk mendapatkan pengurus terbaik selepas £600 juta dilaburkan untuk membawa masuk pemain-pemain baharu termasuk Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk.

Meskipun dibanjiri pemain bintang, musim Chelsea tidak seperti yang diharapkan peminatnya selepas kini hanya menduduki tangga ke-11 dalam liga dan sudah pun tersingkir daripada semua pertandingan lain.

Maka taikun dari Amerika Syarikat itu pastinya mahu musim yang lebih baik untuk kempen 2023/24 dan sasaran utamanya adalah untuk mendapatkan pengurus berkaliber yang mampu memperbaiki setiap ‘kerosakan dalaman’ kelab.

Setakat ini bekas pengurus Spurs, Pochettino dilaporkan sedang mendahului dalam senarai calon yang ada dan pengurus baharu dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN