Pengurus Hoffenheim, Julian Nagelsmann nyata mengecam tindakan yang dilakukan oleh Ousmane Dembele ketika ini.
Pemain Borussia Dortmund itu kini telah pun digantung oleh kelabnya sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian selepas beliau tidak menghadirkan diri ke latihan pasukan.
Tindakannya itu nyata mengundang padah dikala pemain tersebut sedang berada dalam pemerhatian Barcelona untuk dibeli sebagai pemain baharu.
Baginya, tindakan Dembele itu satu perbuatan yang tidak sepatutnya pemain itu lakukan.
Sebaliknya, beliau perlu menghormati kontrak yang telah dipersetujui beliau bersama-sama dengan pihak kelab.
“Dalam kehidupan seharian anda tak boleh buat pinjaman bank, ambil duitnya dan selepas 3 minggu pulangkan balik kepada pihak bank. Bila sudah bersetuju untuk meminjam, kenalah patuh.”
“Begitu juga dalam bola sepak, bila sudah tandatangan kontrak maka hormatilah kontrak itu.”
Akan tetapi Nagelsmann berkata situasi akan berbeza apabila pihak kelab bersetuju untuk melepaskan pemain itu.
“Jika pemain itu mahu tinggalkan kelab dan kelab bersetuju untuk melepaskan pemain itu maka tiada masalah di dalam situasi tersebut.”
“Tetapi jika kelab tidak membenarkan, maka pemain itu perlu patuh pada kontrak.”
Sumber:
- Mundo Deportivo (2017): El entrenador del Hoffenheim ‘machaca’ a Dembélé; http://www.mundodeportivo.com/futbol/bundesliga/20170813/43547656629/el-entrenador-del-hoffenheim-machaca-a-dembele.html