10 Pemain Baharu La Liga Yang Anda Perlu Beri Perhatian

Musim baharu La Liga bakal bermula dengan ketika ini fasa Supercopa De Espana sedang mengambil tempat.

La Liga juga merupakan antara liga yang cukup menarik untuk ditonton dengan beberapa pemain berbakat telah menyertai liga tersebut dengan menyertai pelbagai pasukan.

Jom kita saksikan 10 pemain baharu La Liga yang perlu kita berikan perhatian musim ini!

10. Joao Vitolo – Las Palmas

Pemain ini telah pun melengkapkan perpindahan ke Atletico Madrid dari Sevilla.

Akan tetapi, sekatan perpindahan yang diterima mereka menyaksikan Vitolo perlu beraksi dahulu di Las Palmas sebagai pinjaman.

9. Ryan Boudebouz – Real Betis

Pemain ini merupakan sasaran bagi beberapa kelab antaranya West Ham United.

Bekas pemain Montpellier ini merupakan pemain yang cukup baik pada musim lalu dengan memperoleh rekod 11 gol dan juga 9 bantuan gol untuk kelab Perancis itu.

8. Enes Unal – Villareal

Bekas pemain Manchester City ini tidak berjaya untuk memasuki skuad utama Pep Guardiola namun beliau diberi peluang untuk bermain bersama-sama dengan Villareal di La Liga.

Ia merupakan cabaran baharu bagi beliau. Hal ini kerana sebelum ini beliau merupakan pemain yang cukup tajam di depan gol ketika beraksi di Belanda bersama-sama Eredivsie.

Unal menjaringkan 18 gol musim lalu bersama kelab tersebut dalam saingan liga.

7. Nelson Semedo – Barcelona

Semedo mencipta nama pada awal musim ini apabila terlibat dalam pergaduhan dengan Neymar sebelum pemain itu berpindah ke Paris Saint-Germain.

Bekas pemain Benfica ini dikatakan sebagai pemain yang akan memberikan cabaran kepada Aleix Vidal di bahagian pertahanan kanan Barcelona.

6. Luis Muriel – Sevilla

Kehadiran Muriel ke Ramos Sanchez Pizjuan nyata memberikan harapan yang tinggi buat kelab tersebut.

Sevilla nyata mengharapkan keupayaan pemain ini dapat mengimbangi pemergian Joao Vitolo dan juga Yevhen Konoplyanka yang kini tidak lagi bersama-sama mereka.

5. Adnan Januzaj – Real Sociedad

Karier pemain ini mengalami penurunan karier yang begitu ketara selepas mengalami proses pinjaman yang gagal di Borussia Dortmund dan Sunderland.

Kini di Real Sociedad, ini merupakan permulaan baharu untuk pemain Belgium ini berjaya dalam kariernya.

4. Dani Ceballos – Real Madrid

Dani Ceballos merupakan antara prospek hangat dalam bola sepak Sepanyol.

Aksi cemerlang beliau ketika EURO B-21 tempoh hari memberikan sebab kenapa Real Madrid benar-benar mahukan pemain ini.

3. Gerard Deulofeu – Barcelona

Pemain ini mempunyai satu tanggungjawab yang besar selepas kembali semula ke Barcelona.

Selepas Barcelona mengaktifkan klausa beli semula (buy-back clause) di dalam kontraknya di Everton, Deulofeu kini kembali sebagai prospek untuk menggantikan Neymar.

2. Theo Hernandez – Real Madrid

Hernandez menyeberang dari Atletico Madrid ke Real Madrid sebagai salah satu cara Real Madrid untuk mencari pengganti Marcelo.

(Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

Beliau tidak pernah bermain untuk Atletico Madrid, namun berjaya mencuri perhatian Real Madrid menerusi persembahan cemerlang ketika dipinjamkan ke Alaves.

1. Paulinho – Barcelona

Satu masa dahulu, Paulinho dianggap seorang pemain yang gagal selepas tidak berjaya di Tottenham Hotspur.

Beliau membawa diri ke China dengan menyertai Guanzhou Evergrande dan hasil dari aksi cemerlangnya, Barcelona datang mengetuk pintu.

Rekod beliau di Asia cukup baik. 2 gelaran liga, 1 gelaran kejohanan Asia dan kembalinya ke skuad Brazil membuatkan beliau amat seronok untuk ditonton!

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Ten new signings to watch in La Liga: Paulinho, Theo Hernandez, Vitolo and more; http://www.skysports.com/football/news/11827/10989383/ten-new-signings-to-watch-in-la-liga-paulinho-theo-hernandez-vitolo-and-more

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN