Julian Nagelsmann Dipecat Oleh Bayern Munich Dengan Tuchel Bakal Diumumkan Sebagai Pengganti

Bayern Munich dilaporkan telah memecat Julian Nagelsmann walaupun mereka sudah melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Champions League musim ini.

Sejak sedekad kebelakangan ini, Bayern Munich tidak dinafikan lagi sememangnya pasukan yang terhebat dalam saingan Bundesliga dan tidak keterlaluan untuk katakan yang mereka juga tiada pesaing.

Bayern Munich berjaya menjulang gelaran liga selama 10 tahun berturut-turut dan itu jelas sekali membuktikan bagaimana dominannya mereka di pentas bola sepak Jerman.

Mereka juga antara pasukan yang paling berprestasi di benua Eropah dengan Bayern Munich berjaya menjuarai saingan Champions League pada tahun 2013 dan 2020.

Bayern juga sering melayakkan diri ke pusingan lebih jauh dan agak sukar sebenarnya untuk melihat mereka tersingkir di pusingan awal.

Di bawah kendalian Julian Nagelsmann, Bayern kini sebenarnya berada di ambang bahaya dalam perebutan gelaran Bundesliga.

Bayern berpotensi untuk terlepas gelaran liga dek kerana Borussia Dortmund lebih berpeluang untuk memenanginya pada musim ini.

Menjelang rehat antarabangsa, Bayern Munich mencatatkan kekalahan 2-1 di tangan Bayer Leverkusen dan hal itu menyebabkan mereka semakin sukar untuk menjuarai gelaran Bundesliga musim ini.

Ditambah pula pasukan seteru mereka itu berjaya mencatatkan kemenangan bertemu Koln, maka semakin cerahlah peluang Dortmund untuk bergelar juara.

Sepanjang penguasaan Bayern dalam saingan Bundesliga, ini merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun mereka berada di kedudukan kedua dalam carta saingan liga selepas mengharungi 25 perlawanan.

Hal itu jelas sekali membuatkan pimpinan kelab bimbang dan akhirnya mereka memutuskan untuk memecat bekas pengurus RB Leipzig itu.

Bild dan Fabrizio Romano melaporkan hal tersebut dan mereka juga turut mendedahkan calon pengurus terbaru Bayern Munich.

Menurut laporan wartawan dari Itali itu, Thomas Tuchel sudah bersetuju untuk dilantik sebagai pengurus Bayern Muncih yang baharu selepas beliau juga kini masih mencari kelab untuk dikendalikan.

Tuchel menjadi penganggur selepas beliau dipecat oleh Chelsea pada awal musim lalu dan beliau dikatakan sudah berunding dengan Bayern Munich untuk dilantik sebagai pengurus baharu kelab.

Thomas Tuchel sebelum ini dikatakan berpotensi untuk menjadi seorang lagi bekas pengurus Chelsea yang akan menguruskan Tottenham Hotspur seperti Andre Villas Boas, Jose Mourinho dan Antonio Conte.

Hal ini kerana masa depan Conte bersama Spurs sepertinya sudah hampir tiba ke penghujungnya, terutama selepas melihat mereka tewas 3-1 di tangan Southampton kemarin.

Selain kekalahan dalam saingan Premier League, Spurs juga turut sudah tersingkir dari saingan FA Cup dan Champions League.

Conte sendiri tidak gembira tentang hal tersebut dengan pihak kelab juga sepertinya sangat kecewa melihat prestasi kelab di bawah kendalian bekas pengurus Chelsea itu.

Pengurus dari Itali itu meluahkan kekecewaan beliau ketika sesi sidang media dan hal tersebut menguatkan lagi dakwaan yang beliau tidak akan kekal lama bersama Spurs.

Nama Tuchel disebut-sebut sebagai calon pengganti Conte, namun sepertinya hal itu tidak akan berlaku kerana pengurus dari Jerman itu sudah bersetuju untuk menyertai Bayern.

Nagelsmann sendiri turut mempunyai masalah sebelum beliau dipecat dengan beliau pernah mendakwa ada ‘tikus’ dalam kemnya yang mendedahkan taktikal beliau.

Kehadiran Tuchel diharapkan akan membantu Bayern Munich untuk menjuarai saingan liga, dan mereka juga turut berharap agar bekas pengurus Chelsea itu akan mampu membawa kelab untuk menjuarai saingan Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN