Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mennyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Cardiff City dalam saingan liga perdana inggeris di Anfield semalam bagaikan meraih 20 mata untuk membolehkan Liverpool terus kekal di tangga teratas Liga.
Walaupun hakikatnya hanya dua mata memisahkan lima pesaing terdekat, beliau tidak mahu memandang sebelah mata kepentingan perlawanan semalam.
“Jumlah mata membawa perbezaan yang besar. Perbezaan antara 23 dan 26 rasa seperti 20 mata tapi ia hanyalah dibezakan dengan tiga mata. Ia sangat penting untuk mengekalkan rentak.
“Ia memang luar biasa apabila lima pasukan memiliki jumlah mata yang banyak. Ia menjadi lebih mendebarkan, bagus buat orang ramai dan peminat kelab. Bagi kami ia hanyalah langkah untuk seterusnya,” kata Klopp, pasukannya kini memintas Manchester City dengan kelebihan tiga mata.
https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1056103850539712514
Liverpool menguasai perlawanan separuh masa pertama namun hanya memperoleh satu gol daripada Mohamed Salah, jaringan keempat dalam tiga perlawanan buatnya.
Sadio Mane menambah gol kedua pada minit ke-65, empat minit selepas Klopp berasakan ia sangat penting untuk membawa masuk perancang, Xherdan Shaqiri.
Callum Paterson cuba untuk membantu Cardiff melakukan kebangkitan dengan menjaringkan gol pada minit ke-77.
Adam Lallana and Xherdan Shaqiri underline Liverpool title credentials: Liverpool's credentials as challengers were underlined by Klopp's praise for Lallana and Shaqiri, whose presence guarantees the Anfield side won't collapse because of a few injuries. https://t.co/DlTAhLJl0r pic.twitter.com/HE6nF1TkQY
— LFC_MP (@LFC_MP) October 27, 2018
a kali pertama Liverpool melepaskan gol dalam saingan liga di Anfield selepas 918 minit, kali terakhir ketika mereka menang 4-1 ke atas West Ham United pertengahan Februari lalu.
Enam minit sebelum tamat, Shaqiri melakukan jaringan dari jarak 10 meter dan dua minit kemudian, Mane melengkapkan kemenangan Liverpool selepas menyungkit bola melepasi penjaga gol, Neil Etheridge selepas hantaran satu dua dengan Salah.
“Dia beraksi empat perlawanan berturut-turut dalam tempoh 90 minit, dalam kedua-dua perlawanan antarabangsa bersama Switzerland, diikuti Huddersfield dan Belgrade ketika bersama kami.
“Kami tidak tahu sampai mana Shaq boleh bertahan. Kadang kala anda harus menjaga pemain hingga anda dapat tahu mengenai mereka,” kata Klopp menerangkan kenapa beliau meletakkan Shaqiri sebagai pemain simpanan.