Paul Pogba memainkan peranan utama kepada kejayaan pasukan Perancis menjulang kejuaraan Piala Dunia 2018.
Beliau berjaya membantu Perancis menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan yang berlangsung semalam di
Salah satu gol untuk pasukan Perancis dijaringkan oleh beliau.
Jaringan itu merupakan jaringan ketiga buat pasukan Perancis.
Paul Pogba berjaya mencipta sejarah tersendiri di sebalik kejayaannya mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan tersebut.
Paul Pogba pemain Manchester United pertama
Paul Pogba telah mencatat sejarah sebagai penjaring pertama di perlawanan akhir Piala Dunia dalam kalangan pemain Manchester United.
Pogba berjaya membawa Perancis unggul didepan dengan jaringan ketiga untuk pasukan itu pada minit ke-59.
Jaringan tersebut dicipta bermula hasil gerakan Kylian Mbappé dari sisi kiri pertahanan Croatia.
Bola kemudian diumpan kepada Antoine Griezmann.
Pergerakan lincah Griezmann berjaya melorong bola memberikan umpan kepada Paul Pogba yang berdiri tanpa ada seorang pemain yang mengawalnya dari luar kotak penalti.
Kesempatan tersebut tidak disia-siakan Pogba dengan melakukan rembatan.
Rembatan pertama terlebih dahulu mengenai Luka Modric sebelum beliau melakukan rembatan kedua dan akhirnya terus menerjah jaring menewaskan penjaga gol Croatia, Danijel Subašić.
Paul Pogba mencatat rekod sebagai pemain ketiga dari Manchester United yang menjuarai Piala Dunia selepas berjaya dilakukan oleh Bobby Charlton dan Nobby Stiles semasa membantu England pada 1966.
Jaringan kedua dari luar kotak penalti
Tidak hanya itu, jaringan dari luar kotak penalti yang berjaya diciptakan Pogba turut mencipta sejarah terbaru.
Pogba menjadi pemain kedua yang mencetak gol dari luar kotak penalti pada perlawanan akhir Piala Dunia.
Sebelum ini, pemain Itali, Marco Tardelli pernah melakukan situasi yang sama pada perlawanan akhir Piala Dunia 1982.
Marco Tardelli menjaringan gol kedua untuk pasukan Perancis pada minit 69.
Perlawanan akhir yang diadakan di Santiago Bernabéu, Madrid itu menyaksikan Itali berjaya menjuarai kejuaraan Piala Dunia selepas menewaskan Jerman Barat dengan keputusan 3-1.
Rekod 19 tahun Emmanuel Petit dipecahkan
Pogba turut menjadi pemain kedua dari Liga Perdana Inggeris yang mampu mencetak gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia.
Sebelum ini, pemain Arsenal, Emmanuel Petit berjaya melakukannya pada perlawanan akhir 1998 dengan membantu Perancis menewaskan Brazil.
Untuk rekod, sejak 1998 sehingga 2014, seramai 20 pemain dari pasukan Liga Perdana Inggeris pernah tampil di pentas akhir Piala Dunia.
Piala Dunia 1998
Perancis – Patrick Vieira & Emmanuel Petit (Arsenal), Frank Leboeuf (Chelsea).
Piala Dunia 2002
Jerman – Dietmar Hamann (Liverpool), Christian Ziege (Tottenham Hotspurs).
Piala Dunia 2006
Perancis – Willian Gallas & Claude Makélélé (Chelsea), Thierry Henry (Arsenal).
Piala Dunia 2010
Belanda – John Heitinga (Everton), Nigel de Jong (Manchester City), Dirk Kuyt (Liverpool), Robin van Persie (Arsenal).
Sepanyol – Cesc Febregas (Arsenal), Fernando Torres (Liverpool)
Piala Dunia 2014
Jerman – Mesut Özil & Per Mertesacker (Arsenal), André Schürrle (Chelsea)
Argentina – Sergio Aguero, Martín Demichelis, Pablo Zabaleta (Manchester City)