Ronaldo Selesai Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Di Juventus

Bintang ternama, Cristiano Ronaldo hari ini disambut dengan meriah oleh penyokong Juventus di luar perkarangan J Medical.

Beliau dalam proses untuk melengkapkan perpindahan ke Juventus dari Real Madrid. Dan Ronaldo sudah pun selesai menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan.

Ratusan peminat bertuah diberikan akses untuk berada di perkarangan J Medical center untuk meraikan Cristiano Ronaldo.

Bintang Portugis itu dijangka akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain Juventus esok dalam majlis besar.

Juventus dilaporkan membayar €100 juta taupun 88 juta untuk Cristiano Ronaldo. Beliau akan menerima sekitar €500 ribu seminggu di kelab yang berpangkalan di Turin itu.

Seterusnya, Ronaldo akan menggunakan jersi nombor 7 yang ikonik kepada imej beliau. Juan Cuadrado sudah pun menyerahkan jersi itu secara Rasmi untuk digunakan Ronaldo.

Kehadiran Ronaldo juga dianggap akan membantu menaikkan publisiti Liga Itali yang satu ketika dahulu pernah dianggap liga paling berprestij di Eropah.

Ejen beliau, Jorge Mendes menyatakan Juventus mungkin akan menjadi destinasi terakhir Cristiano Ronaldo sebelum menggantung but beliau.

Ronaldo telah meninggalkan Real Madrid dengan 2 La Liga dan 4 UCL sepanjang 9 tahun bersama kelab tersebut. Beliau juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut dengan 450 gol dalam 438 penampilan.

Bukan satu tugas mudah untuk Real Madrid mencari pengganti Ronaldo yang konsisten menjaringkan purata sekitar 30-40 gol semusim. Beberapa pemain sudah dikaitkan dengan Real Madrid untuk menggantikan Ronaldo antaranya Eden Hazard dari Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN