Juara J-League, Kawasaki Frontale Mahu ‘Pecah Rekod’ Sambar Messi Thailand

Juara J-League, Kawasaki Frontale dikhabarkan akan menandatangani pemenang kasut emas Piala AFF 2020, Chanatip Songkrasin.

Tiada nilai didedahkan mengenai perpindahan kapten skuad Gajah Perang itu daripada Consodole Sapporo.

Tetapi perpindahan tersebut dipercayai cukup tinggi dan bakal mencipta sejarah tersendiri bola sepak Thailand kerana ia bakal menjadikan Chanatip sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak negara itu.

Chanatip Songkrasin pada mulanya menyertai Consodole Sapporo pada 2017 secara pinjaman daripada Muangthong United sebelum melengkapkan perpindahan tetap ke kelab itu pada 2019.

Tampil di dalam 23 perlawanan J-League untuk Consodole Sapporo, Chanatip juga berjaya membantu kelab itu muncul naik juara Piala J-League pada musim lalu.

Dua media besar di Jepun turut membuat liputan mengenai potensi perpindahan Chanatip ke Kawasaki Frontale, yang disifatkan berada di peringkat akhir rundingan.

Portal sponichi.co,jp berkata Kawasaki Frontale berminat untuk mendapatkan khidmat pemain yang terkenal dengan gelaran ‘Messi Thailand’ itu untuk memperkuatkan bahagian serangan pasukan untuk saingan musim baharu.

Manakala daily.co.jp pula berkata perpindahan Chanatip ke Kawasaki Frontale adapah untuk menggantikan tempat Rio Hatate yang baru-baru ini telah melengkapkan perpindahan ke Liga Perdana Scotland untuk beraksi bersama Celtic.

Perpindahan ke Kawasaki Frontale juga dilihat oleh media Thailand sebagai peluang untuk Chanatip terus menyinar dan menyambar peluang untuk beraksi di Eropah selepas ini.

Ini berdasarkan kecenderungan pemain-pemain daripada Kawasaki Frontale yang pernah beraksi di eropah seperti Hidemasa Morita (Santa Clara, Portugal) , Ao Tanaka (Fortuna Düsseldorf, Jerman), dan Kaoru Mitoma (Brighton & Hove Albion, England).

Prestasi cemerlang Chanatip Songkarasin di kejohanan Piala AFF 2020 sehingga berjaya membantu Thailand muncul juara pada awal bulan ini dikatakan telah berjaya meyakinkan Kawasaki Frontale untuk melamar pemain tersebut.

Menjaringkan empat gol sepanjang kejohanan, termasuk dua gol di separuh akhir pertama menentang Vietnam menjadikan Chanatip Songkrasin pemenang Anugerah Kasut Emas bersama kejohanan selain rakan senegara, Teerasil Dangda, Safawi Rasid, dan Bienvenido Marañón – masing-masing dengan 4 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN