O’Donnel Hadapi Cabaran Sukar Politik Dalaman Bola Sepak Malaysia

Scott O'Donell

Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donnel perlu mengatasi politik dalaman yang merupakan antara cabaran getir perlu dihadapi beliau sebaik sahaja sah dilantik baru-baru ini.

Sadek Mustafa selaku pemerhati bola sepak tempatan yang yakin dengan pengalaman luas O’Donnel dalam arena bola sepak rantau Asia Tenggara, bagaimana pun turut mempersoalkan jika O’Donnel sedia diberi kebebasan untuk membentuk sendiri skuad beliau atau bakal dibelenggu oleh orang atasan.

“Saya lihat Harimau Malaya masih dibelenggu politik dalaman, sehinggakan FAM sendiri tidak boleh mengawalnya kerana aspek persediaan dan kaedah permainan bukan halangan utamanya, namun lebih kepada aspek pengurusan individu dan mereka yang mengurus pasukan besar Liga Super dalam melepaskan pemain menyarung jersi kebangsaan.”

Tambah Sadek,”kita tahu terdapat pasukan yang mempunyai kuasa besar menghalang pemain mereka mewakili Harimau Malaya, termasuk mengatur siapa boleh wakili atau tak boleh pergi, saya rasa isu itu sesuatu yang perlu diuruskan secara bijak oleh O’Donnel bersama FAM.”

Dalam masa sama, beliau juga berharap agar FAM mampu memberi bantuan secukupnya buat O’Donnel untuk membina pasukan yang mantap bagi menghadapi pusingan terakhir kelayakan Piala Asia 2023 dalam tempoh kurang enam bulan daripada sekarang.

“Beliau sebenarnya tiada masa kecuali FAM berani bercakap benar kepada peminat dan tak akan panggil pemain yang disimpan dalam Liga Super, mewakili negara pada masa depan. Jika itu boleh terus terang kepada peminat saya rasa tiada masalah, namun jika FAM nak teruskan hajat ambil pemain terlibat saya khuatir tahap kecergasan mereka mungkin tidak sebaik seperti kita harapkan,” katanya.

Melihat kepada cadangan O’Donnel yang berharap agar FAM melantik jurulatih asing sebagai pengendali skuad negara, Sadek melihat perkara ini sebagai petanda jelas akan bekas tenaga pengajar FIFA itu mahukan indvidu yang dekat dengan caranya.

“Saya bukan nak menafikan kemampuan dimiliki pengendali tempatan, namun difahamkan mereka sudah lama tidak menjalani kursus di luar negara termasuk berpeluang membuat attachment bersama kelab-kelab besar di Eropah, lebih-lebih lagi selepas pandemik COVID-19 melanda negara,” katanya.

Selain itu, beliau juga tidak bersetuju dengan khabar angin mengenai pemilihan Brad Maloney dan Bojak Hodak yang bakal menjadi jurulatih baharu Harimau Malaya selepas Tan Cheng Hoe mengundur diri daripada mengendalikan skuad tersebut.

Menurut Sadek, sepatutnya Brad dibiarkan bersama skuad muda yang mempunyai misi besar tahun ini. Manakala Bojan dilihat sudah pasti tidak akan mengambil jawatan tersebut memandangkan beliau sudah selesa membina legasi sendiri di Kuala Lumpur.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN