Juan Mata Sambung Kontrak Dua Tahun Bersama Man Utd

Messi bags his trademark chip against Atlanta United Loading official content
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
0 seconds of 1 minute, 12 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row
01:02
00:00
01:12
01:12
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Major League Soccer di OneFootball

Pemain tengah dari Sepanyol, Juan Mata telah menandatangani kontrak selama dua tahun untuk kekal bersama Manchester United.

Kontrak asal Mata akan tamat pada 30 Jun akan datang, namun kini beliau telah mencapai persetujuan untuk terus kekal di Old Trafford sehingga Jun 2021 – dengan pilihan lanjutan satu tahun kontrak.

Mata menyertai United dari Chelsea dengan rekod pembelian ketika itu bernilai £37.1 juta pada Januari 2014. Beliau telah tampil di dalam 218 perlawanan dan menjaringkan 45 gol untuk skuad The Red Devils.

“Saya telah bersama Manchester United selama lima tahun dan saya berbangga untuk menganggap Old Trafford seperti rumah,” ujar pemain itu dalam satu kenyataan.

Sepanjang bersama United, Mata telah memenangi Piala FA 2016, dan menjaringkan gol untuk membantu kemenangan ke atas Crystal Palace dalam peralwanan tersebut.

Mata juga membantu Manchester United bergelar juara UEFA Europa League dan Piala EFL, turut menyifatkan pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer mempunyai visi menarik untuk masa depan kelab.

“Saya gembira kerana menjadi sebahagian daripadanya,” tambah Mata lagi.

Bagi Solskjaer, Mata adalah seorang pemain yang mengamalkan nilai profesional di tahap tertinggi.

“Juan [Mata] adalah seorang pemain yang amat profesional dan salah seorang pemain yang mempunyai kebijaksanaan luar biasa dalam permainan pernah saya temui,” jelas Solskjaer.

“Keperluan untuk Mata bukan sahaja melalui aksi di atas padang. Kelab ini memiliki ramai pemain muda yang memerlukan seorang pemain dengan pengalaman dimiliki Mata untuk membantu mereka mencapai potensi masing-masing pada musim-musim akan datang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN