Quantcast

BERITA

VIDEO: Di Sebalik Tabir Ketibaan Maurizio Sarri Di Juventus

Bukan rahsia lagi Maurizio Sarri kini adalah ketua jurulatih baharu Juventus. Pengendali berusia 60 tahun itu akan diperkenalkan kepada umum melalui satu majlis dan sidang media pada hari ini.

Sidang media dijadualkan akan berlangsung pada jam 11am (5pm waktu Malaysia) di  Dewan Gianni & Umberto Agnelli Hall yang terletak di Stadium Allianz.

Sarri menyertai Juventus selepas semusim bersama Chelsea. Juventus sebelum ini mengesahkan bekas pengendali Napoli itu telah bersetuju untuk menerima kontrak tiga tahun untuk menyertai juara Serie A tersebut.

Sepanjang semusim bersama Chelsea, berjaya membawa kelab London itu mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga  dan mara ke dua perlawanan akhir pada musim ini. Mara ke perlawanan akhir Piala Carabao pada Februari lalu, Chelsea tewas kepada Manchester City melalui penentuan sepakan penalti selepas keputusan terikat 0-0. Di saingan Eropah, Sarri membimbing Chelsea muncul juara UEFA Europa League setelah menewaskan Arsenal 4-1 di perlawanan akhir.

BBC turut melaporkan Juventus bersetuju membayar pampasan bernilai £5 juta kepada Chelsea untuk pengendali berusia 60 tahun itu yang akan menggantikan Massimiliano Allegri.

Berikut kami kongsikan video di sebalik tabir detik ketibaan Sarri yang disambut oleh pegawai-pegawai Juventus.