Tidak seperti kebiasaan, jualan tiket perlawanan akhir Piala FA agak perlahan di Stadium Darul Aman pada hari ini. Walaupun terdapat penyokong yang mula berbaris dan bermalam di persekitaran stadium sejak malam tadi, suasana penjualan tiket kali ini agak sepi jika dibandingkan ketika Kedah mara ke perlawanan akhir yang lalu.
Berdasarkan perkongsian seorang penyokong Kedah, Muhammad Amin Abu Bakar melalui perkongsian dari BERNAMA keghairahan penyokong untuk perlawanan akhir pada kali ini tidak seperti kebiasaan.
Peminat bola sepak #Kedah bukan sahaja sanggup datang dari jauh ke Stadium Darul Aman (SDA), malah mula beratur dari malam tadi bagi memastikan mereka berpeluang mendapatkan tiket perlawanan akhir #PialaFA2019 yang mula dijual pada 10.30 pagi ini.https://t.co/vSWvcxQzTI pic.twitter.com/ylVOsNsr0s
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 23, 2019
“Harap dapat lah tiket sebab kalau tengok dari semalam tak ramai macam selalu, walaupun dah berbaris boleh lagi nak ke tandas, sebelum ini kalau dah berbaris memang tidak boleh ke mana dah,” katanya kepada wartawan Bernama ketika ditemui di SDA awal pagi tadi.
Perkongsian daripada akhbar Berita Harian turut menunjukkan beberapa barisan penyokong sedang berbaris untuk mendapatkan tiket perlawanan dipercayai sekitar jam 10am.
Penyokong Kedah beratur menunggu di kaunter jualan tiket di Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini. – Foto Sharul Hafiz Zam pic.twitter.com/eL2HLRhuYJ
— Berita Harian (@bharianmy) July 23, 2019
Tinjauan kami melalui perkongsian di media sosial oleh penyokong-penyokong juga mendapati perkara yang sama.
Menurut kiriman gambar salah seorang pembaca kami, suasana di kaunter jualan sekitar stadium berada dalam keadaan tenang, berbanding lautan penyokong ketika Kedah mara ke perlawanan akhir pada musim-musim sebelum ini.
“Tak perlu berbaris bang, mai beli di kaunter terus,” ujar Syahid Zira kepada kami.
Perkongsian daripada beberapa rakan media yang lain, termasuk dari Kosmo turut menggambarkan situasi yang sama.
Jualan tiket final #PialaFA di Stadium Darul Aman tenang. https://t.co/iwsLrIWo6Q pic.twitter.com/xUVBGsF11O
— Kosmo! Online (@kosmo_online) May 18, 2017
Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menggambarkan tiket perlawanan untuk penyokong Kedah menghadiri perlawanan akhir Piala FA adalah mencukupi.
KFA sebelum ini mengumumkan agihan peruntukan tiket final Piala FA 2019 dari pihak Malaysian Football League (MFL) sebanyak 30,000 keping tiket dengan 20,000 keping tiket akan dijual di kaunter Stadium Darul Aman manakala 10,000 keping tiket lagi peruntukan khas.
Tetapi kemungkinan besar kebanyakkan penyokong kali ini memilih untuk mengambil tiket perlawanan melalui kelab-kelab penyokong yang berdaftar beserta pakej pengangkutan untuk memudahkan urusan.