Jualan Tiket Perlawanan Akhir Piala AFF Dibuka Secara ‘Online’ Esok

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan tiket perlawanan akhir 1 Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia bertemu Vietnam atau Filipina pada hari Selasa ini (11 Disember 2018) boleh dibeli secara online mulai hari esok (Jumaat, 7 Disember 2018).

Menurut setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam,para penyokong Harimau Malaya boleh membeli tiket lebih awal dengan penjualan secara online di www.tickethotline.com.my yang akan mula dibuka pada pukul 9.00 pagi.

“Sama juga seperti aksi bertemu Thailand, kuota bagi penjualan tiket secara online untuk Final 1 ini adalah sebanyak 40,000 keping iaitu 20,000 keping akan dijual pada Jumaat bermula 9.00 pagi (sehingga habis) dan 20,000 keping akan dijual pada Sabtu bermula 9.00 pagi (sehingga habis),” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk jualan tiket secara fizikal pula akan bermula pada hari Ahad (9 Disember 2018. Hal ini kerana tiket hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket yag dilantik oleh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas keputusan satu lagi aksi Separuh Akhir 2, Vietnam lawan Filipina di Hanoi, malam ini diketahui.

“Mengikut jadual, tiket yang telah siap dicetak itu nanti dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Disember 2018, sekali gus ia hanya boleh mula dijual secara fizikal pada pagi Ahad ini (9 Disember 2018), itupun jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket tersebut,” katanya.

Bagaimanapun lokasi-lokasi penjualannya baki 40,000 tiket ini akan dimaklumkan kemudian.

Manakala harga tiket pula ditetapkan pada harga RM40 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding tiket Piala AFF 2014) dan RM5 bagi tiket kanak-kanak. Satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan untuk Final 1 kali ini ialah tiket RM50 bagi tempat duduk grandstand.

Kaunter penebusan tiket online di Stadium nasional bukit jalil. FOTO: FAM

Simpan keratan tiket Separuh Akhir 2 di Bangkok

FAM juga turut menyampaikan satu berita baik kepada penyokong Harimau Malaya yang telah hadir ke Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi.

“Sila simpan keratan tiket Separuh Akhir 2 bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberikan ‘keutamaan’ kepada anda semua dalam proses membeli tiket Final 1 ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya,” jelas Stuart Ramalingam.

Perlawanan akhir 2 Piala Suzuki AFF 2018 akan berlangsung di tempat lawan, sama ada di Hanoi atau Bacolod City pada hari Sabtu, 15 Disember 2018.

Bagi penyokong Harimau Malaya yang berminat untuk pergi menyaksikan perlawanan tersebut, sama ada di Hanoi atau Bacolod City, sama seperti sebelum ini FAM akan menguruskan urusan pembelian tiket untuk perlawanan di tempat lawan itu dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN