Joshua King Anggap Perpindahan Ke Old Trafford Bagaikan “Impian Jadi Kenyataan”

Penyerang Bournemouth Joshua King berkata kepulangan ke Manchester United pasti ibarat sebuah impian yang menjadi nyata, selepas kegagalan perpindahan pemain tersebut pada Januari lalu.

United mencari seorang penyerang pada jendela perpindahan lalu, dan akhirnya membawa masuk Odion Ighalo dari Shanghai Shenhua pada hari terakhir perpindahan.

King adalah bekas pemain akademi Manchester United dan sempat melakukan dua penampilan bersama skuad senior United dari 2009 sehingga 2013, adalah sasaran utama Ole Gunnar Solksjaer, namun kedua-dua kelab gagal mencapai persetujuan untuk perpindahan.

“Bagaimana hampir [perpidahan] ia berlaku, saya tidak ada jawapan,” kata King kepada TV2 seperti yang dilaporkan oleh ESPN.

“Saya harus berhati-hati dengan apa yang saya tuturkan. Sebelum ini saya percaya ia akan berlaku, dan ia sedikit sensitif untuk saya kerana saya berhijrah ke England pada usia 16 tahun untuk mengejar impian di Manchester United.

“Ia tidak menjadi [pada waktu itu] dan saya mengambil keputusan untuk pergi. Apabila anda dikaitkan semula dengan United, dan tawaran itu dilakukan, maka perasaan pada ketika usia 16 tahun itu kembali.”

Walaupun perpindahan tersebut tidak direalisasikan, King tetap memberikan sepenuh komitmen kepada Bournemouth.

“Mengapa perpindahan itu tidak berlaku, saya tidak tahu. Saya adalah pemain Bournemouth dan saya gembira di sini.

“Tetapi ia adalah ibarat impian yang menjadi kenyataan [jika berlaku], dan saya tidak akan menipu. Kini ia tidak berlaku dan saya akan memberikan segenap kudrat kepada Bournemouth selagi mereka memerlukan saya.

“Jurulatih Eddi Howe adalah jurulatih yang hebat dan amat membantu sejak saya berada di sini. Saya sentiasa menghormati bagaimana sikap beliau sepanjang episod [tawaran dari United] tersebut.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN