Naib Pengerusi Arsenal, Josh Kroenke, yang juga merupakan anak kepada pemilik Arsenal telah memberikan pandangan beliau tentang perubahan dasar Arsenal selepas kegagalan melayakkan diri ke UCL.
Ini merupakan musim ke-3 berturut-turut Arsenal tidak layak ke pertandingan perdana kelab-kelab Eropah itu.
Josh yang ditemuramah oleh David Ornstein dari BBC telah mendedahkan bahawa, kekalahan 4-1 di tangan Chelsea pada malam final Europa membuatkan mereka memutuskan untuk mengubah polisi perpindahan pemain.
Oleh sebab itu, mereka berusaha untuk mendapatkan beberapa nama besar masuk ke dalam pasukan bagi memastikan Arsenal berjaya bersaing dan beraksi semula di UCL selepas ini.
“Malang sekali, 45 minit terakhir di Baku adalah bukan aksi terbaik kita. Pada ketika itu, terasa pasrah yang amat sangat. Namun ada penyelesaian bersama agar perasaan itu tidak menghantui kita lagi selepas ini.”
“Kita mengadakan beberapa pertemuan untuk menjadikan pasukan ini lebih baik pada musim panas, dan saya rasa kita kembali ke musim baharu dengan pasukan yang lebih kuat daripada pasukan kita di Baku.”
“Walaupun perancangan kelab untuk musim panas ini tidah berubah secara total selepas 45 minit di Baku, namun kelab telah mengubah pendekatan untuk lebih agresif dalam merekrut pemain.”
“Rasanya, kita sentiasa akan agresif dalam usaha memperbaiki pasukan – sebaik yang kita mampu. Dengan separuh masa kedua telah merumuskan pertarungan itu, kita dalam posisi di mana kita ada beberapa pemain yang kita sasarkan pada musim panas ini.”
“Kita harus merangka strategi baharu berdasarkan apa yang berlaku kepada pasukan dalam 45 minit terakhir itu.”
“Arsenal tidak ada UCL [musim 2019/20], dan bakat-bakat ini kita perlu untuk dapatkan. Oleh sebab itu Arsenal perlu bertindak pantas dan agresif dalam merekrut pemain.”
“Kita tahu, apabila gagal bermain di Liga Juara-Juara Eropah, beberapa kelab lain turut mengintai pemain sasaran kita.”
"Challenging for the Premier League title is always our goal."@bbcsport_david spoke to #AFC director Josh Kroenke.
More: https://t.co/1Cq1b78d0O pic.twitter.com/Ht00cAwQKW
— BBC Sport (@BBCSport) August 20, 2019
“Kita harus memikirkan semula beberapa perkara dan mesej utama saya kepada pengurusan: ‘Jom kita pergi ke jendela musim panas ini, marilah kita menjadi lebih agresif dan cuba mencari apa sahaja kemungkinan yang ada’.”
“Kita ada dana untuk dibelanjakan dan tidak semua urusan perniagaan kita bergantung kepada penjualan.”
Josh Kroenke memuji beberapa pegawai Arsenal yang lain yang telah melakukan kerja ‘ajaib’ mereka dalam jendela perpindahan kali ini.
Josh memberikan jaminan, mereka akan terus kekal agresif dalam jendela perpindahan yang akan datang, selepas perpindahan musim panas yang beliau anggap mengujakan.
Beliau juga yakin Arsenal akan mampu bersaing dengan pasukan lain dalam usaha membawa semula lebih banyak trofi ke Emirates, tidak kira kejohanan dometik mahupun Eropah. Josh juga menyatakan, kejuaraan EPL sentiasa menjadi sasaran utama mereka.
A key moment in changing Arsenal's approach to the transfer market?
When they conceded four goals in the second half of the Europa League final, says Arsenal director Josh Kroenke.
Read more: https://t.co/PhObFGg6rV pic.twitter.com/akDmspvuxa
— BBC Sport (@BBCSport) August 20, 2019
Josh turut memuji hasil kerja Unai Emery yang telah menjadikan pasukan mereka dinamik di atas padang.