Quantcast

BERITA

Ronaldo: Pemain Sekarang, Tak Buat Apa-Apa Pun, Diletakkan Tanda Harga €100 Juta

Cristiano Ronaldo menyatakan pandangan beliau kepada isu inflasi pada harga perpindahan pemain pada hari ini.

Menurut beliau, ada beberapa harga pemain diletakkan melampau walaupun pemain tersebut tidak mencapai apa-apa dalam karier mereka.

“Hari ini, sesiapa sahaja boleh bernilai €100 juta walaupun tidak melakukan apa-apa dalam bola sepak,” jelas Ronaldo.

Kegilaan harga pasaran pemain membuatkan sehingga ada kelab membayar €222 juta untuk seorang pemain – ketika PSG mendapatkan Neymar.

Angka €100 juta adalah mainan dalam tanda harga pemain pada hari ini.

Oleh itu banyak kelan sanggup untuk membelanjakan €100 juta tanpa berfikir panjang. Dalam musim panas ini, Eden Hazard, Antoine Griezmanna dan Joao Felix, kesemua mereka dibeli pada harga lebih €100 juta.

Manchester United turut memecahkan rekod untuk bek tengah dengan membayar Harry Maguire €87 juta.

Ronaldo menjelaskan, beliau faham bahawa nilai pemain pada hari ini tinggi kerana peredaran zaman, cuma ada beberapa pemain menurut beliau tidak layak diletakkan harga sampai €100 juta.

“Sukar untuk membuat perkiraan dalam bola sepak moden. Kelab hari ini lebih banyak mengambil risiko membeli potensi pemain dan industri bola sepak sudah jauh berbeza.”

Ronaldo memberikan pengecualian kepada Joao Felix yang menurut beliau, sudah menunjukkan prestasi cemerlang dengan kelab lamanya pada musim lalu. Sebaliknya, Ronaldo mempersoalkan beberapa pemain yang diletakkan tanda harga melampau oleh kelab walaupun mereka tidak membuktikan apa-apa di dalam karier.

“Abaikan Joao Felix, ramai pemain hari ini diletakkan €100 juta walaupun tidak menunjukkan apa-apa. Ada terlalu banyak wang dalam industri bola sepak. Bek tengah dan penjaga gol pun boleh diletakkan harga €70 juta – €80 juta.”

“Saya tidak setuju dengan perkara itu, namun hakikatnya, inilah dunia yang sedang kita diami hari ini. Anda harus menghormatinya.”