Joseph Kalang Sertai Selangor, FAS Buru Evan Dimas Dan Pertimbangkan Khidmat Andik

Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad mengesahkan bekas pemain Sarawak, Terengganu dan Pahang, iaitu Joseph Kalang Tie akan menyertai pasukan Lembah Klang itu pada musim baru.

Joseph Kalang Tie yang gagal memberikan impak lebih besar dengan pasukan Pahang telah membuat keputusan untuk menyertai Selangor.

Joseph merupakan pemain yang beberapa kali sudah menyarung jersi Harimau Malaya. Persaingan yang kuat di Pahang musim lalu membuatkan beliau sukar untuk menjadi pemain utama.

Beliau dikaitkan dengan banyak pasukan. Beliau boleh bermain di posisi sayap dan juga no.10. P. Maniam sudah lama mengikuti perkembangan pemain ini.

FAS juga mengesahkan Amri Yahyah dan Razman Roslan antara pemain berpengalaman yang kekal bersama pasukan mereka.

Selain itu, FAS juga mengakui mereka kini sedang berusaha untuk membawa masuk Evan Dimas. Sebelum ini jurulatih Bhayangkara dengan terbuka menyebut nama Selangor sebagai destinasi Evan Dimas.

Andik Vermansyah?

Bercakap tentang masa depan Andik Vermansyah, FAS masih dalam pertimbangan untuk pemain kegemaran penyokong itu.

Ini kerana menurut Datuk Abdul Rauf, Selangor masih ada 4 kuota import untuk diisi. Beliau menolak dakwaan FAS sudah pun mengesahkan tidak akan menggunakan khidmat Andik Vermansyah. Beliau menegaskan ia hanya satu spekulasi.

Ini kerana FAS masih dalam pertimbangan untuk hal itu. Jika Andik masih dikekalkan dan Selangor berjaya mendapatkan Evan Dimas, nampak gayanya Selangor akan menggandingkan 2 pemain Indonesia itu di dalam satu pasukan.

Anda pasti ingat akan gandingan Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy satu ketika dahulu. Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN