Laporan yang menyatakan pemain tengah berpengaruh Manchester United, Paul Pogba mahu meninggalkan kelab tersebut diredakan sedikit oleh Jose Mourinho.
Pengurus kelahiran Portugal itu menegaskan bahawa Pogba tidak akan meninggalkan The Red Devils kerana beliau tidak pernah meminta untuk meninggalkan Old Trafford.
Sebelum ini kedengaran jelas Pogba berada dalam radar Barcelona selepas beliau dikatakan sedang menghadapi hubungan dingin bersama Mourinho.
”Paul (Pogba) kembali selepas tamat saingan Piala Dunia, seminggu sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris.”
”Kami telah bersama-sama dalam tempoh dua bulan ini. Dia tidak pernah menyuarakan keinginan untuk meninggalkan pasukan.”
”Tidak pernah. Dia langsung tidak pernah memberitahu saya untuk meninggalkan pasukan.”
”Saya hanya boleh memberikan ulasan apa yang sebenarnya terjadi buat saya, tidak dalam apa yang saya baca dan juga tidak dalam apa yang saya dengar.”
”Saya tidak mempunyai hubungan langsung dengan orang yang menulis atau mendengar.”
”Saya hanya mempunyai hubungan langsung dengan pemain tersebut, bukan hanya Paul dan dia tidak pernah mengatakan yang dia mahu meninggalkan pasukan.”
”Jika dia tidak memberitahu saya yang dia mahu meninggalkan Manchester United, ia kerana dia mahu kekal di sini. Itu adalah kesimpulan dari saya, bukan?”