6 Insiden Pergaduhan Sesama Pemain Dalam Satu Pasukan

Insiden pergaduhan dan provokasi melampau melibatkan para pemain diantara dua pasukan yang bertanding sudah menjadi perkara biasa yang sering kita saksikan dalam perlawanan bola sepak.

Apa yang pasti, pergaduhan dan ketegangan seperti ini bukanlah pertama kali berlaku dalam sukan popular di dunia itu.

Namun, apa yang mengejutkan apabila insiden pergaduhan itu berlaku telah membabitkan pemain dalam satu pasukan.

Berikut adalah 6 insiden pergaduhan melibatkan pemain dalam satu pasukan yang telah mendapat liputan meluas dimedia antarabangsa.

1. Emmanuel Adebayor-Nicklas Bendtner

Kekebalan ‘tanpa kalah’ Arsenal ketika berhadapan dengan seteru Kota London iaitu Tottenham Hotspurs akhirnya musnah apabila mereka ditewaskan pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga 2008.

Juara EPL musim 2003/04 itu terpaksa menangung malu selepas disingkirkan dari kejohanan apabila tewas dengan jumlah jaringan besar sebanyak 4-1.

Lebih memalukan apabila salah satu gol Spurs terhasil menerusi jaringan sendiri dari Nicklas Bendtner.

Adebayor yang mencetak gol tunggal buat Arsenal tidak berpuas hati dengan pemainan yang dipamerkan Bendtner ketika itu, lalu beliau membidas rakan sepasukanya semasa perlawanan sedang berlangsung.

Bagaimanapun, kritikan dari Adebayor itu dibalas dengan isyarat lucah dari Bendtner.

Situasi itu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pemain diatas padang sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk meredakan keadaan.

2. Lee Bowyer-Kieron Dyer


Pemain Newcastel United, Lee Bowyer memang dikenali sebagai pemain yang memiliki sifat panas baran.

Salah satu kejadian paling terkesan dan menjadi ingatan seluruh pengikut EPL ketika insiden pergaduhan diatara Bowyer dan rakannya, Kieron Dyer pada tanggal 2 April 2005.

Newcastle United telah ketinggalan 0-3 keatas Aston Villa dalam perlawanan EPL di St James’ Park.

Pada awalnya, Bowyer dilihat hanya memahari Dyer. Akibat tidak dapat menahan kesabaran melihat aksi longlai yang terus dilakukan Dyer itu, Bowyer tidak dapat menahan sabar lagi.

Tahap kesabaran Bowyer memuncak pada minit ke-81 apabila beliau menuju kearah Dyer dan menyerang rakan sepasukannya itu.

Tindakan Bowyer tersebut menyaksikan Dyer turut membalas tumbukan kearah beliau sebelum kedua-duanya diredakan oleh para pemain dari kedua-dua pasukan.

Apa yang dilakukan Bowyer dikecam hebat oleh pengurus Newscatle, Bobby Robson yang menyifatkan insiden seperti itu amat memalukan dan satu perlakuan yang ‘bodoh’ untuk pasukannya.

Mereka berdua dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dan diarah untuk keluar padang serta merta.

Bukan itu sahaja, mereka turut dikenakan hukuman oleh FA dengan dilarang bermain dalam enam perlawanan selepas itu.

3. Jens Lehmann-Marcio Amoroso


Bagi penyokong The Gunners, Jens Lehmann merupakan salah satu daripada tokoh yang paling dihormati bagi kelab Inggeris itu.

Sebelum menyertai Arsenal, beliau dikenali di Jerman sebagai penjaga gol yang memiliki sifat panas baran yang melampau.

Ini jelas dapat disaksikan ketika beliau memperkuat kelab Jerman, Borussia Dortmund.

Kerana sikap barannya itu telah meletakkan namanya sebagai memegang status penjaga gol pertama di Bundesliga yang dikenakan kad merah sebanyak empat kali sepanjang kariernya.

Salah satu hukuman tersebut berlaku semasa insiden serangan keatas rakan sepasukan, Marcio Amoroso.

Dalam perlawanan saingan liga menentang Schalke 04 pada tahun 2003, Lehmann tidak dapat menahan emosinya selepas Ebbe Sand menjaringkan gol diminit ke-89 perlawanan.

Lehman yang ketika itu berang akibat kelalaian Amoroso dan menuduh pertahanan kelahiran Brazil itu adalah individu yang harus bertanggungjawab atas gol tersebut.

Beliau menyerang dan memukul Amoroso. Tindakan Lehmann itu menyebabkan beliau dilayangkan kad merah.

4. Zlatan Ibrahimovic-Oguchi Onyewu


Massimiliano Allegri terpaksa menghentikan latihan seketika dan mengarahkan agar Zlatan Ibrahimovic dan Oguchi Onyewu meninggalkan latihan serta merta.

Insiden itu berlaku pada tahun 2011 semasa para pemain AC Milan menjalani latihan di Pusat Latihan Milanelo.

Pergaduhan tersebut berjaya dirakam oleh pihak media yang membuat liputan di pusat latihan dan ianya telah menjadi berita paling panas di seluruh pelusuk Itali ketika itu.

Insiden diawalnya bermula ketika para pemain sedang menerima taklimat dari Allegri.

Zlatan secara tiba-tiba menendang Onyewu. Tindakan Zlatan telah mengundang perbalahan kecil diantara kedua-dua pemain tersebut.

Keadaan bertambah serius selepas Onyewu membalasnya dengan melakukan terjahan keras semasa latihan diadakan.

Menurut laporan Sportskeeda, Zlatan telah mendedahkan punca sebenarnya adalah bermula dari Onyewu dengan mendakwa pemain Amerika Syarikat itu telah mempersendakan dirinya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, gambar yang diambil oleh media saat berlakunya pergaduhan tersebut telah disekat oleh pihak AC Milan bagi tujuan untuk menjaga hubungan diantara kedua-dua pihak.

Insiden tersebut telah ditulis dalam autobiografi yang dikeluarkan oleh Zlatan yang bertajuk “I Am Zlatan: My Story On and Off the Field“.

5. Roy Keane-Mick McCarthy


Persiapan pasukan kebangsaan Ireland untuk menghadapi kempen Piala Dunia 2002 sedikit tergangu apabila tercetusnya konflik perbalahan ‘Saipan Incident‘ diantara Roy Keane dan jurulatih pasukan Mick McCarthy.

Keane yang diketahui umum sebagai pemain yang berperwatakan tegas dan berani menyuarakan pendapat secara terbuka telah meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai taktikal dan corak pemainan lemah yang dibawa oleh McCarthy untuk pasukan Ireland.

Hal tersebut menyebabkan Keane dan McCarthy telah bertikam lidah sesama sendiri semasa menjalani latihan di kem latihan pasukan di Saipan, Kepulauan Mariana Utara.

Konflik antara kedua-duanya telah membuatkan Keane memutuskan untuk menarik diri dari pasukan kebangsaan Ireland untuk kempen tersebut.

Satu sidang media telah diadakan dan Keane telah memperjelaskan kepada umum mengapa beliau membuat keputusan untuk menarik diri bagi mewakili Ireland untuk kempen Piala Dunia 2002.

“Saya tak pernah mencari masalah di Saipan (lokasi kem latihan Ireland semasa Piala Dunia 2002). Saya cuma mempertahankan diri saya.”

“Mick McCarthy tuduh saya tak hormat dia. Dia bertanya kepada saya:

“Bagaimana awak nak main untuk saya kalau awak tak hormat saya?,” tanya McCarthy.

“Saya jawab, OK. Saya takkan main untuk kamu. Tapi saya akan main untuk negara.” jelas Keane.

6. Graeme Le Saux-David Batty


“Sebelum perlawanan, saya memberitahu kepada pemain saya bahawa mereka akan berhadapan dengan 11 pemain yang sudah bersedia untuk bertarung, bukan bergaduh antara satu sama lain.”

Ulas pengurus Spartak Moscow, Oleg Romantsev mengenai insiden pergaduhan antara kedua-dua pemain Blackburn Rovers, Graeme Le Saux dan David Batty dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 1995/96.

Insiden tersebut berlaku semasa Blackburn Rovers ketinggalan 0-3. Saux yang kerap melakukan kesilapan telah membuatkan Batty menyerang beliau.

Pergaduhan antara kedua-dua pemain membuatkan pengadil perlawanan terpaksa menghentikan perlawanan seketika.

Rakan pasukan, Tim Sherwood  yang berada berhampiran dengan situasi tersebut segera meleraikan pergaduhan diantara mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak dilayangkan kad merah dan perlawanan kembali diteruskan seperti biasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN