Dalam satu perlawanan bola sepak, pengurus akan menyediakan beberapa arahan taktikal yang berbeza untuk membolehkan mereka menukar taktik apabila perlu.
Manchester United bergelut untuk menang 1-0 di tempat sendiri dalam Liga Europa menentang pasukan kerdil Zorya Luhansk dengan Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol kemenangan penting.
Mourinho Syaki Ada Benda Yang Tak Kena
Pada awalnya, gergasi Liga Perdana itu dijangka akan menang mudah. Jose Mourinho mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan corak permainan United.
Jose Mourinho kemudian pergi ke arah penolong jurulatih Giovanni Cerra dan meminta penjelasan daripada Cerra sambil membuka buku taktik yang berkaitan dengan peranan Paul Pogba.
Mourinho dilihat bengang kerana Cerra telah memberikan arahan taktikal dengan lampiran dari folder yang salah. Beliau juga kelihatan menepuk-nepuk fail tersebut.
The Special One dilihat marah dan menjerit ke arah Cerra, individu yang menghasilkan maklumat grafik dan visual taktikal untuk setiap taktikal Manchester United.
Ketika ditanya wartawan tentang apa kenapa Mourinho kelihatan bengang dengan pembantu-pembantu beliau termasuk Rui Faria. Mourinho menjawab
“Ia adalah ketika bola mati (set pieces). Mereka (Zorya) menukar pasukan mereka di saat-saat akhir.”
“Saya melihat Paul (Pogba) agak keliru dengan peranan beliau, dan saya mahukan pembantu-pembantu saya meneliti isu tersebut.”
Ini bermakna, pembantu-pembantu beliau tidak begitu waspada dengan perubahan taktikal lawan dan lambat untuk memberikan arahan taktikal yang baru kepada Paul Pogba.
Sesuatu yang kita pelajari di sini adalah, betapa spesifiknya mereka dalam pengurusan taktik sehingga menyediakan bayak visual dan grafik serta data yang berkaitan taktikal untuk satu perlawanan. Itu baru menentang Zorya.
Baca juga : Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak