Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak

Cuba bayangkan, apakah perasaan selepas anda mengetahui anda memperoleh kerja kerana anda bermain permainan video?

Ini yang berlaku kepada Matt Neil (gambar bawah), seorang pemuda yang gilakan permainan Football Manager. Neil bekerja di sebuah kelab bola sepak di England, Plymouth Argyle.

axn5gmbl

Bekerja sebagai penganalisis

Ketika berusia 15, Neil sudah pun menjadi seorang pembekal data untuk permainan Football Manager di Sports Interactive.

Hasil kerja beliau yang cemerlang telah menarik kelab English League 2 iaitu Plymouth Argyle. Mereka menawarkannya kerja sebagai penganalisa untuk pasukan senior Plymouth (gambar bawah).

maxresdefault-15

Di Plymouth, beliau membekalkan data mengenai prestasi pemain, laporan pasukan lawan serta potensi pemain untuk dibeli pada jendela perpindahan kepada pengurus.

Bermula dari bawah

Sebelum beliau ke Plymouth, Neil kerap mengikuti pasukan kecil yang bernama Truro City selama 6 bulan untuk membekalkan data pemain kepada Sports Interactive, syarikat yang membangunkan Football Manager.

scout-football

Memandangkan beliau baru berusia 15 tahun pada ketika itu, beliau hanya mampu membelanjakan £3 untuk tiket kereta api dan £6 untuk tiket perlawanan.

Lagipun tiada siapa yang membekalkan data pemain Truro City kepada Sports Interactive pada ketika itu.

Jika diikutkan hatinya, Neil mahu membekalkan data pemain-pemain kelab kegemarannya, Plymouth Argyle.

Kerja sebagai penganalisa di kelab idaman

Sebelum dilantik sebagai penganalisa Plymouth, Neil kerap juga berada di perkarangan kelab hingga 4-5 kali seminggu sebagai penyokong tegar Plymouth dan peminat data analisis.

Beliau kerap berada di stadium untuk menonton perlawanan pasukan utama, simpanan, bawah-18 dan menolong staf kelab melakukan kerja-kerja am secara sukarela.

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Pada satu hari ketika Neil sedang bersembang dengan setiausaha kelab, beliau memberitahu pegawai kelab tersebut tentang seorang penyerang muda bagus yang sedang menjaringkan banyak gol di sebuah liga amatur, Conference South.

Beberapa hari kemudian, setiausaha kelab tersebut meminta Neil menghantar video kompilasi dan data statistik tentang pemain tersebut untuk dipersembahkan kepada pengurus Plymouth.

Pengurus Plymouth pada ketika itu, Carl Fletcher suka dengan hasil kerja Neil dan menjemputnya untuk datang ke sesi latihan skuad senior Plymouth untuk memberikan pendapatnya.

mattn2-1

Bagaimana Neil memberikan pendapatnya?

Jika remaja 19 tahun lain memberikan pendapat secara verbal, Neil memberikan pendapatnya seperti penganalisa data yang profesional. Beliau merekod semua perlawanan, membuat analisa video selama 15 minit dan menulis laporan untuk SETIAP pemain!

Etika kerja sebegini sudah cukup untuk membuatkan pengurus Plymoth menawarkan Neil kerja sebagai penganalisa skuad senior Plymouth, kerja idaman Neil sejak mula-mula berjinak dalam permainan Football Manager.

Muda tapi berbakat

Sebagai penganalisa, Neil berkerja dalam satu pasukan sama dengan ketua peninjau bakat Plymouth. Dalam pasukan ini, Neil bertanggungjawab membekalkan analisis pasukan lawan dan pemain yang berpotensi untuk dibeli setepat mungkin.

https://twitter.com/mattneil_/status/757983267538731008

Jika kita mengambil kira fakta bahawa Neil sudah menjadi pembekal data untuk permainan Football Manager sejak usianya baru 16 tahun, Neil sebenarnya sudah ada 3 tahun pengalaman bekerja sebagai penganalisa data.

Semasa masih berumur 16 tahun, ketika budak lain sibuk belajar untuk menghadapi peperiksaan GCSE (setaraf PMR), Neil sibuk bermain Football Manager.

Lain pengurus, lain caranya

Sejak bekerja sebagai penganalisa untuk skuad senior Plymouth, Neil telah berpeluang untuk bekerja di bawah 2 pengurus Plymouth; Carl Flecther (gambar bawah) dan John Sheridan.

maxresdefault-14

Bekerja dengan Flecther, Neil merasakan beliau adalah seorang yang mudah didekati.

“Fletch mahu segala data setiap pemain dipersembahkan kepadanya.”

Bagaimanapun ketika beliau bekerja di bawah pengurusan John Sheridan (gambar bawah), Neil merasakan servisnya tidak diperlukan sangat.

qcdjb5hwfotawq8x4xmdoxojbzmtt2

“Sheridan lebih kepada gaya pengurus klasik. Beliau lebih suka menumpukan masanya kepada latihan situasi bola mati dan keupayaan pihak lawan.”

Masih bermain Football Manager

Neil masih lagi bermain Football Manager walaupun sudah menjadi penganalisa skuad senior Plymouth. Malah beliau kini telah diberi kepercayaan untuk membekalkan data pemain Plymouth kepada Football Manager.

“Mereka (pemain Plymouth) tak tahu perkara ini. Saya lebih suka senyap. Sebab saya tak tahu nak jawab apa bila mereka mengeluh rating mereka terlalu rendah atau tinggi.”

Dalam Football Manager, Neil kini sedang mengurus Manchester City selepas memenangi banyak kejuaraan bersama Ajax Amsterdam. Tetapi beliau menyesal.

“Saya rasa itu tindakan yang bodoh. Semua orang tahu Football Manager akan jadi terlalu bosan bila anda urus Manchester City kerana mereka ada terlalu banyak duit.”

Baca juga: Kelab Ireland Tawar Season Ticket Kepada Pemain Football Manager 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN