Pengurus Manchester United, Jose Mourinho bertindak perli Liverpool yang banyak menang kerana nasib menjelang pertembungan menarik skuad kendaliannya dengan pendahulu Liga Perdana itu tengah malam ini.
Selepas kali terakhir menjulang gelaran elit Inggeris itu hampir tiga dekad lalu, Liverpool ketika ini menghuni kelompok teratas liga dan memiliki kelebihan 16 mata di depan United yang berada di tangga keenam.
https://twitter.com/utdxtra/status/1073916938022240256
Begitupun, Mourinho merasakan perjalanan baik Liverpool yang kali terakhir menjulang trofi elit liga itu pada 1990 dibantu tuah, sambil memberi contoh tiga kemenangan terakhir kelab itu menentang Everton, Bournemouth dan Napoli sebagai bukti.
“Sudah tentu, mereka amat yakin dengan diri mereka,” kata Mourinho. “Mereka menduduki tangga teratas liga, mereka mempunyai perasaan itu, saya tahu perasaannya, rasa bertuah apabila semua perkara mengikut arah yang kamu tetapkan.
https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1073880314861289472
“Mereka tahu bagaimana mereka menewaskan Everton, mereka tahu bagaimana perlawanan terakhir mereka, gol pembukaan adalah ofsaid, dan mereka tahu ketika menentang Napoli pada minit-minit terakhir mereka boleh tersingkir.
“Mereka mempunyai perasaan yang sama seperti saya rasakan ketika pasukan saya di puncak liga dan semua perkara bergerak ke arah kamu sudah tetapkan.”
Skuad kendalian Jurgen Klopp dianggap bertuah dengan kesilapan pertahanan pada masa kecederaan memberi mereka kemenangan pada aksi tetangga Merseyside dan jaringan pembukaan Mohamed Salah jelas ofsaid ketika menewaskan Bournemouth 4-0.
Jose Mourinho is reportedly preparing to start a midfield trio of Matic, Fellaini and Herrera for United's match against Liverpool on Sunday…
It's gonna be a blood-bath! 😆😆😆 pic.twitter.com/s1ZSFhxQ3h
— Footy Accumulators (@FootyAccums) December 14, 2018
Sekali pun kemenangan ke atas Napoli dibantu kecemerlangan penjaga gol, Alisson, kejayaan mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu dan persembahan kelab itu ketika ini meningkatkan rasa optimis di Anfield.
Justeru, Mourinho menjangkakan lawannya itu memperbaiki persembahan tidak konsisten mereka apabila kedua-duanya bertemu.
“Saya fikir mereka jelas amat, amat yakin. Tetapi saya fikir mereka juga bukan bodoh,” kata pengendali dari Portugal itu. “Mereka juga tahu yang kami mempunyai kelemahan, kekuatan dan saya fikir mereka akan menghormati kekuatan kami.”