Jose Mourinho Dijangka Akan Dipecat Pada Bulan Disember

Kekalahan

Adakah jangkaan ini akan menjadi kenyataan?

Seorang legenda Manchester United sudah tidak lagi berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Jose Mourinho.

Menurut laporan Sky Sports, legenda Manchester United iaitu Lee Sharpe menjangkakan Mourinho akan dipecat dari jawatan pengurus kelab tersebut pada bulan Disember ini.

Lee Sharpe merupakan legenda di Manchester United.

Sharpe nyata tidak berpuas hati dengan sikap Mourinho yang gemar mengadu dalam pelbagai perkara.

“Saya jangakakan Jose Mourinho akan dipecat pada waktu sambutan Krismas (Disember).”

“Jika beliau teruskan dengan sikap beliau yang suka mengadu dalam segala perkara, orang akan berpaling arah dan berkata sikap beliau itu tidak akan membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi.”

“Oleh sebab itu, perubahan perlu dilakukan.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Manchester United Head Coach / Manager Jose Mourinho reacts during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Kata Sharpe lagi, sikap negatif yang dibawa oleh Mourinho telah membuatkan para pemain Manchester United tidak memberikan persembahan yang terbaik.

“Beliau menunjukkan sikap negatif beliau terhadap pasukan, media dan juga peminat.”

“Mourinho akan bising mengenai pemain beliau dan pemain yang beliau mahukan tapi tak dapat. Beliau tak endahkan orang lain dan teruskan macam tiada apa yang terjadi.”

“Balik-balik itu sahajalah yang ditunjukkan beliau.”

Sharpe turut menyalahkan Mourinho di atas masalah prestasi pemain Manchester United yang tidak begitu memberangsangkan pada awal musim ini.

Menurut beliau, sikap negatif dari pengurus itu telah membunuh semangat baharu para pemain beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN